Hadiah Paling Bermakna...
10 buah DVD Video Wedding telah siap dan telah diterima oleh kami pada 24 Ogos 2011, jam 9.30 malam.
Terima kasih N2N Studio kerana banyak memberi komitmen sepanjang 2 hari majlis perkahwinan kami...

Sebanyak 11 episod yang dimuatkan dlm video perkahwinan kami...so With Julia telah pilih MTV ini sebagai satu rumusan video perkahwinan sepanjang persiapan dan akhir majlis tersebut...

Terima kasih tidak terhingga juga kepada ISDA Creative Consulting yang banyak mengkoordinasi majlis perkahwinan kami di Dewan Wisma Sejarah...cukup gilang gemilang.

Persembahan yang cukup mantap dari penari2 cilik ISDA Creative, ahli2 silat yg cukup lincah, ahli2 kompang yg cukup bertenaga hadir utk memeriahkan majlis dan juruacara majlis yg betul2 komitmen serta penyanyi yg cukup merdu...
Terima kasih ISDA!

Tidak di lupakan kepada Team2 RS Butik, Ilham Kayaman Photografer, Puteri Bongsu Catering yg banyak memberi tumpuan penuh sepanjang majlis tersebut berlangsung...
Kalian adalah TERBAIK!!!!!!!!!!

Ini adalah hadiah paling bermakna dalam sejarah With Julia setelah 5 thn menyemai persahabatan dan akhirnya ke gerbang perkahwinan ;)

Moga lebaran aidilfitri 2011 ini menjadi satu titik permulaan hidup yg bahagia sehingga ke akhir hayat, insyaAllah...

"Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu"

<<< Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua para blogger seluruh Malaysia, With Julia kali nie beraya di kampung atok suami di Dungun, Terengganu dan kemudian ke Kuantan utk mengunjungi sanak saudara dan taulan, With Julia doakan anda semua selamat pergi dan selamat kembali, Tata! Assalamualaikum Wbt>>>