Influenza ~ Dont Get It, Dont Give it.......
Get Immunised 1st!!!

Ramai ibu bapa zaman kini kurang mengetahui apa itu suntikan vaksin khas Pneumococcal bukan? Sila ambil berat........anak anda tiada galang gantinya...duit boleh dicari tapi nyawa melayang ats kedekutan kita...jgn menyesal dikemudian hari! 

Apa itu Pneumococcal?
Berpunca dari Bakteria Streptokokus Pneumoniae (pneumokokus)
   - Ia biasanya ditemui di dalam saluran penafasan kanak2 dan disebarkan melalui batuk atau bersin
   - Kini terdapat lebih daripada 90 jenis pneumokokal yang diketahui, namun hanya lebih kurang 10% boleh menyebabkan penyakit yang serius di seluruh dunia
- Jenis yang biasa ditemui di rantau kita adalah 19A, 6A, 14, 6B 19F dan 23F.  
19A adalah bakteria yang muncul di dunia dan boleh menyebabkan Penyakit Pneumokokal yang serius dan  bersifat kebal antibiotik.

Q - Apakah akibat dari Pneumococcal?
A - Pneumokokas menyerang beberapa bahagian tubuh yang berbeza
1. Meningitis  - Jangkitan selaput otak dan saraf tunjang
2. Bacteremia - Jangkita dalam darah
3. Pneumonia - Jangkitan paru2
4. Otitis Media - Jangkitan telinga tengah

Q- Tahap serius Penyakit Pneumococcal?
A -  Ada 3 tahap bagi penyakit ini..
      1. Kerosakan Otak
      2. Hilang Pendengaran
      3. Kematian

Q -  Siapa yang perlu dilindungi daripada penyakit pneumococcal?
A -  1. Kanak2 di bawah umur 5 tahun
        2. Kanak2 yang tinggal di pusat jagaan harian
       3. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah
       4. Mereka yang menghidapi penyakit kronik ( kencing manis, jantung, paru2, buah pinggang atau hati)

Q- Bagaimana untuk melindungi daripada penyakit pneumococcal?
A - 1. Penyakit Pneumococcal boleh dirawat dengan antibiotik.  Sejak beberapa tahun kebelakangan ini , bakteria pneumococcal didapati bersifat kebal terhadap antibiotik yang biasa digunakan.  Ini membuatkan rawatan menjadi sukar dan mengakibatkan tempoh rawatan di hospital yang lebih panjang dan kos yang tinggi.

2. Cara terbaik untuk melindungi daripada penyakit Pneumococcal adalah melalui vaksinasi.  

Kini terdapat 2 jenis vaksin pneumococcal untuk kanak2.
 a. Synflorix (PCV10) : Vaksin Konjugat Pneumokokal 10 Valen - melindungi kanak2 drpd 10 jenis bakteria pneumococcal
b. Prevenar (PCV13) : Vaksin Konjugat Pneumokokal 13 Valen  - melindungi kanak2 drpd 13 jenis bakteria pneumococcal

3. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menempatkan Penyakit Pneumokokal iaitu penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin sebagai punca nombor 1  kematian kanak2 di bawah umur 5 tahun di seluruh dunia.  

Sumber lebih lanjut click sini:

Ok dah fhm kan apa yg Umi Qi cuba selongkar rahsia kedua2 perbezaan 
Synflorix (PCV10) Vs Prevenar (PCV13) 

Ini dia rupa suntikan Synflorix (PCV10)

Prevenar (PCV13) 

Tindakan Umi Qaiser ilman hari ini:

8 Mei 2013 jam 12.30 tengahari 
Baru je call Hospital Pusrawi: Ada dua jenis pneomococol iaitu Pneomococol Synflorix Rm180.70 sekali suntik (3x) dan Pneomococol Prevenar RM240.50 sekali suntik (3x)...umi Qi tanya which one is better...P.Prevenar!!! 

Umi Qi dh siap appoinment Isnin 13 Mei 2012 jam 10.30pagi jumpa Dr. Pakar Kanak2 Dr. Kamarudin di Hospital Pusrawi KL (Dari asal umi checkup baby Qi yg masih dlm perut sampai lah bg tiap2 bulan imunisasi sehingga update nk bg vaksin terbaru nih)....aminn...moga Allah permudahkan urusan umi dan walid nanti...

Qaiser ilman, bersiap siaga ye nak dpt vaksin baru isnin depan...doa sgt semoga beliau dpt kekuatan utk mengadap vaksin berkenaan...berdebar2 rasa nk bawak pi suntik nih huhuhu

<<< Moga2 dipermudahkan urusan mommy gojes lain ye bg suntikan yg terbaik utk anak tercinta, lagi cepat lagi bagus! Go mommy go!>>>