Tetiba kan...entry serius plak kan hahhaha

Mmg dalam dilema dari sejak hari pertama tahu diri ini preggy smpai dah anak masuk 10 bulan masih hati tertanya2....
Antara Kerjaya vs Housewife........ 
:) senyummmm mula....pastu :( sedih plak haiiii

Kerjaya
Positif
1. Boleh dapat $$$ duit poket sendiri
2. Boleh beli soping sakan utk anak dan diri sendiri
3. Boleh menabung untuk hari tua dan kecemasan utk anak
4. Boleh pakai santek2 pi keje
5. Boleh tingkat ilmu soft skill dan experience job


Negatif
1. Kerja lewat malam jika ada urusan URGENT
2. Tiada $ OT
3. Batasan waktu dgn anak kecil :(
4. Sukar nak dpt MC / EL jika ada urgent job
5. Selalu fikir...........ibu daku jadi housewife bila dia terus kahwin....daku membesar sehingga sekarang pun mama ku still jadi housewife...best yerrrrrr
6. Kena bangun awal seawal jam 4.45am utk bersiap pi keje dan htr anak
7. Hanya daku seorang menantu yg bekerja...ipar duai semua housewife hokehhhh

Housewife
1. Masih boleh bekerja through online bussiness (Kerjaya baru) :)
2. Masa 24 jam dgn anak :)
3. Boleh plan jadual kerjaya online bussiness bila anak sudah tidur :)
4. Boleh masak utk hubby balik kerja...air tgn isteri dan air tgn ibu :)
5. Boleh lihat perkembangan anak setiap hari....suka dan duka :)
6. Boleh ajar homeschool utk anak, jadi cikgu pertama mereka :)
7. Boleh ikut husband outstation kerja bila2 masa :)
8. Boleh holiday on the spot tanpa perlu kebenaran bos.... :)
9. Boleh kemas rumah setiap hari....deco rumah setiap hari :)
10. Boleh htr dan ambil anak pi sekolah tadika hingga sekolah menengah setiap hari :)
11. Boleh kawal disiplin anak cara kita sendiri...bukan dari orang lain wpun atok dan nenek :)
12. Boleh rapatkan jurang kasih sayang umi dengan Qi setiap hari dari sentuhan dan belaian yg tidak terperi.....

Negatif
1. Daku menangis kerana masih di office terkenangkan anak cinta hati....apakah dia menangis kerana rindu uminya...kerana uminya penting diri sendiri kerana penting kerjayanya sahaja....tidak pedulikan masa bersama anak adalah segalanya....

Kesimpulannya....
Housewife lebih menang dari Kerjaya duduk senang lenang di office!
Daku dalam dilema.............ya Allah! 
Terikat dgn wang ringgit!!!
Sangat dilema..................
Lihat mata anak anda......ada jawapannya mommy!
:(

Teringin nak jadi HOUSEWIFE soon....bila?
Akan tiba masa yg sesuai nanti...Ya Allah permudahkanlah jalan daku utk menjadi HOUSEWIFE yang BERKERJAYA....aminnnnnnnnnnn :)

<<< Sebak..............sangat bangga lihat wanita secantik HOUSEWIFE>>>