Dengan lafaz Bismillahi Rahmani Rahiim, saya merasmikan Blog www.juliajohari.com
pada 8 May 2014, Khamis.

Syukur alhamdulilah, berkat usaha join macam-macam aktiviti dengan blogger, belajar tentang apa itu blog, belajar tentang apa itu branding blog, apa itu sebenar domain dot com....nanti Julia cerita di lain entry ye...sekarang Julia nak bagi tahu Julia dah bertukar dari domain blogspot ke domain terbaru dot.com
dan
Julia sudah buat keputusan buat tempahan new header, new template dan new watermark blog dari seseorang blogger yang korang kenali hihihi bagus dia nih, mmg boleh layan kerenah cerewet customer macam Julia kikiki....nanti Julia akan cerita dan promote lebih lanjut di episod akan datang ye...

Tadaaaaa....amacam korang suka tak warna cerah cm ni....hihihi ceria kan

Sekarang Julia dah beralih ke fasa baru, buka buku baru untuk blog yang dahulunya dikenali sebagai UMI QI....sekarang nama itu sejak semalam sudah tiada...banyak kenangan bersama nama tersebut...akan tinggal dalam kenangan...sekarang hanya Qi sahaja akan panggil Umi Qi ye...
Korang, sekarang panggil Julia je tau...no more Umi Qi...fasa baru harus lebih tonjolkan diri sendiri, branding blog untuk lebih serius di masa akan datang....

Nak tau apa kelebihan domain dot.com ni...meh sini baca...Julia dapat pun dari hasil carian google...

# 1: Dikatakan bahawa sekiranya anda bertukar dari blogspot.com kepada dot com...URL lebih senang dan mudah diingati kerana lebih pendek... 

# 2: Blogspot adalah percuma dan boleh dimusnahkan oleh pihak admin serta merta tanpa notis manakala dot com berbayar dan tak boleh sebab kita mempunyai hak penuh ke atas domain tersebut. Untuk jangka panjang if satu hari nanti dah tak mo blogging lagi, kita boleh jual nama dot com kita dengan harga yang dikatakan agak masyukkk!!! and nama dot com tu haruslah practical dan unik. 

# 3: Dot com berbayar lebih mesra SEO compared to free dot com, contohnya if kita type something dan search, mostly article dari dot com berbayar lebih cepat dapat menjana traffic dengan lebih lancar. Dot com berbayar menunjukkan kita serious dalam dunia blog dan ini dapat menambah keyakinan pihak pengiklanan.

# 4: Lebih selamat. Sebab ada ID protection.

# 5: If kat office block the access to blogspot, any blog yang gunakan blogspot.com memang takkan dapat pegi...kalau pakai dot com... boleh access kat mana-mana jer... 

Tunggu ya, fasa renovation blog Julia belum habis di deco....belum siap lagi ni...saje nak rasmi awal2 hihihi....tata!!!