Apa tujuan anda jadi blogger?
Ala, suka-suka je julia.
Saje, ikut orang ada blog, kita pun teringin nak ada blog.
Nak fofuler kot julia.
Ntahlah napa ek kita nak jadi blogger.
Julia masih mentah nak bicara banyak hal tentang Teknik SEO, tapi setiap hari tanamkan dalam diri, aku hendak belajar lebih mendalam tentang tujuan berblogging dan cara penulisan dengan betul.

Selama ini perasankah anda bahawa bila kita selongakar teknik penulisan dan penggunaan SEO dengan betul dapat menjana carian Google ditangga maksimum, kemungkinan 1 entry yang lepas boleh menjana pendapatan berganda.

Siapa sangka hanya dengan Belajar Kitab Teknik SEO kita dapat rahsia apa yang selama ini yang kita masih tertanya-tanya dan persoalkan tidak henti-henti. Ramai yang malas nak cerita lebih lanjutkan, semuanya kita kena cari gali sendiri termasuk Julia yang baru berjinak dalam alam blogger sejak tahun 2010. Muda lagi kan.

Genap 4 tahun menjadi blogger, tahun keempat jugalah baru hendak belajar branding blog, belajar apa itu tujuan berblogging, kemaskini widget yang sedia ada, dan trademark julia dalam berblogging.

Duit?
Ya selepas rezeki tukar domain dot com, rezeki untuk melakukan kerja sampingan seperti advertorial product or service and food review semakin perlahan-lahan mendapat tawaran, bahkan setiap hari ada sahaja produk review yang dihantar di office, syukran.

SEO? 
Apa kena mengena dengan duit?
Banyak sangat perlu kita belajar.

Nanti julia cerita di masa akan datang ilmu SEO yang julia survey dalam google....nak buat review 2 produk anak-anak muslim yang sangat bagus kita beli untuk mereka gunakan. Tunggu ye next entry :)