Hari ini mari kita belajar satu ilmu biasa tapi jika kita letak widget "Search This Blog" ni dalam blog pasti jadi luar biasa. Kenapa julia cakap luar biasa? 

Masalah
Pertama:
Kita buat banyak entry dalam satu hari, atau sekali sehari satu entry, followers dan readers pasti teringat satu perkara yang nak cari dalam blog kita kan, ingat nama tuan empunya blog tp lupa tajuk apa....cuma tau haaa julia hari itu pernah pergi melancong ke Sabah, bla-bla-bla. Haaa hari itu juliajohari.com ada buat resepi gulai kepala ikan bla-bla-bla....tapi bila time pembaca nak cari kemain susah ye la hai...kan kan? Betul tak?

Kedua:
Bila kita hanya bergantung kepada "Labels" semata-mata nak suruh pembaca cari sendiri memang takkan ye lahkan...kita semua kalau nak cari info dekat blog seseorang mesti nak cepat, taip je keluar atau tak keluar je betul tak?

Ketiga: 
Pembaca bila dah masuk 5 minit blog kita, belek previous entry yang lepas-lepas tekan-tekan tak jumpa, pastu diorang pi mana? Pembaca yang rajin mesti akan cuba belek arkib entry yang lama-lama kan? Kalau pembaca yang kurang rajin sah diorang PANGKAH (X) je blog kita.... :(

Masalah banyak ye. Kan dah rugiiii masa kita dan masa pembaca, bila pembaca boring nak cari maklumat diorang malas dah nak masuk blog kita.....alahaiii sedihnya.

Kelebihan luar biasa sekelip mata: 
Bila kita letakkan widget "Search This Blog"
Hasilnya seperti di paparan bawah yeahhhh

Inilah dia kotak widget "Search This Blog"
Korang masuk blog julia nak search pasal apa yang lepas-lepas?

Contohnya, korang nak search pasal Holiday Julia di Sabah....haaa taip ruangan kotak tu sabah....

Only one words berdesup semua pasal Sabah akan dipaparkan.
Memudahkan kita dan para pembaca betul tak?

Renovation blog dan mengenalpasti widget yang berkesan untuk kita dan kebaikan untuk para pembaca julia sekarang sangat menitikberatkan. Ia ibarat setiap hari kita terima tetamu masuk bertandang ke rumah, setiap rumah lain-lain kan, tapi masuk rumah blog julia InsyaAllah memudahkan para pembaca nak cari rujukan nanti.

Bagi yang sudah ada kotak widget berkenaan terima kasih julia ucapkan...bagi yang belum ada fikir-fikirkanlah keselesaan pembaca dan diri anda sendiri.

Apa komen anda?