Assalamualaikum
Kembali bersiaran setelah 4 hari bercuti sempena Hari Malaysia 2014. Amboiiii cuti lagi, fantang ni lompang je cuti umum mula la panjang langkahnya hehehe, minggu lepas temani suami outstation kerja, nantilah julia cerita part tu ok.


Now mari kita sambung ceritera kaki jalan julia ni, sempena Hari Merdeka 31 Ogos 2014, jalan2 birthday treat untuk anak kesayangan Qi tu, kami bertiga pertama kali menjejak kaki ke Johor Premium Outlet (JPO). Dah sampai Vincci for Men, tapi beratur panjang yang amat huwaaaaaa, nak tgk utk walid Qi punya mana tau ada sale gila2. Tapi ko sanggup nak beratur panjang dengan dukung anak tecik cm QI yang takmo dok dendiam? Lupakanje la hahhahaha. Rupa-rupanya cantik sangat tempat ni, exclusive sangat2, so apa lagi jom window shopping dulu tengok apa yang ada. Chow bebeh.
Woooo dalam kepala nak pi serbu Coach, Padini, dan Vincci. Yang lain tu sebenarnya cuci mata je...almaklumlah barang2 branded ni kan kena tggu sale gila2, kalo idok pejam mata je la setakat ambil pengalaman. 

Jom bergambor dulu sini hehehhe...QI tu dah penat sangat...so tak leh lepak lama2 dlm JPO nanti dia menjerit satu JPO runtuh hoiiii hahhahha jom cpt2 usya dan balik.

Maaf ler shop lot lain mmg tak ambil gambar, dok sakan mendukung Qi tu, bila dah penat sgt mula ar mengamuk, haishhh nak window shoping pun tergugat jap...takpe la...janji dpt jejak sekejap pun jadi.

Merdeka SALE!
Oiiiiiiit, kita borong Vincci 3 pasang kasut je weh...tak menyempat tengok lain, Qi merajuk hahahha...takpe la dia nak umi jimat duit...tp ini sangat jimat.
Cantik tak?

Tengok harga dulu!
RM79 jadi RM15
RM45 jadi RM5
Ko rasa?
Kasut santai plus kasut kerja
Aku rasa nak tampo muka laju2 ngan hand beg hahahha...dah la aku ni sepatu saiz 9...so mmg terang dan nyata banyak saiz 9 dalam merdeka sale gempak Vincci tu...aummmmmmm omey tak orange wedges ni, selesa gila!
RM15 dari RM79....fitam!

Tapak Getah tu sangat sedap nak pakai, rasa mcm syok je nak dressing bagai hehehhe

Ingat! Kalau nak bagi hadiah sila cari saiz 9-10...kalau tak mmg sangkut je dlm umah bagi Qi tengok hahhaha...kaki besaq ikut keturunan jenis kaki lebaq paling susah nak cari kasut hahahha nangissss T____T

Boleh laras...suka!

Kasut Kerja
Haaaaaaaa merah kak long korang ni tau hahahhahah gila!
Aah aku mmg gila sejak dua menjak ni, kasut pun minat yang warna shocking2....xperlah mood nak bergaya tu dah datang, aku suka weh pakai kasut ni, gila syok, selesa sgt, dah 2x pakai masuk meeting, mmg selesa la ngan kaki lebaq saiz 9 cam i ni...sometimes vincci ni ada yg tak okey ngan kaki i tau, yang ni best. 
RM15 je dari RM79....arghhhhhhh meroyan aku!

Tak percaya?
Korang sokmo tak percaya kan kalau aku review...ni haaaaa nampak kan RM15 je.
Eh korang sekali sekala cuba pecahkan perasaan malu nak pakai warna lain dari yang lain, niat bukan meriak atau menunjuk2, faham? 
Mood warna memain peranan penting dalam kehidupan seharian, boleh bagi kita keceriaan setiap hari bila bertemu dengan kawan atau rakan sejawat, dlm masa yang sama buat kita bertambah semangat tau...cuba lah ya.

Selipar hijau RM5 tu buh kt umah leh pakai jenjalan merata hehhehe...so ini sikit gambar berjalan sekitar Johor, melawat Masjid Negeri Johor (cantik yang amat masjid ni), Zoo Negara Johor (tak dpt masuk sbb hujan rintik2), dan Istana Johor (cantikkkkkkkkkk).

Ada lagi story pasal johor, Pasar Karat Johor dan Pasar Malam Johor, nanti len kali la update ada masa...okey muka happy amat dpt borong kasut, orang pompuan dapat benda murah dan cantik mmg baik je mood kan...cm muka mek ju ni la...hahhaha Qi tu nampak sangat cargas balik dah kenapa...huwaaaaaaa habis la ko julia, layan je la si Qi tu hehehhe.

Tunggu video dan sambutan birthday Qi yang ke dua tahun ye...mmg seronok sambut bertiga tahun ni...meriahhhhhh gelak ketawa si anak Qaiser ilman weeeeeeeee tungguuuuuuu