Utusan Malaysia, Sabtu, 4 Oktober 2014 
Citra Orang Muda (.COM) merupakan sebuah wacana remaja kepada remaja dalam UTUSAN MALAYSIA pada setiap SABTU. Ia menampilkan kelainan dalam memberikan maklumat yang lebih segar khususnya bagi golongan remaja. 

[Entry ini akan di pinned post selama 1 bulan untuk beri penghargaan kepada tuan blog, entry terbaru sila scroll ke bawah, terima kasih]




Artikel Penuh Click Link
Satu pencapaian yang Julia rasa harus sama-sama bersyukur kepada Allah, rezeki berblogging tanpa di sangka hanya suka-suka, hanya jadikan blog sebagai medium mencari maklumat dan berkongsi pengalaman, tapi boleh dijadikan salah satu contoh kepada seluruh lapisan masyarakat tentang dunia pemvaksinan - click artikel penuh mengenai pengalaman menjayakan Kempen YES - Pneumococcal Vaccine
Justeru, suami dan ibu bapa julia sangat terkejut, surprise yang julia tunjukkan pada mereka pagi hari Sabtu 4 Oktober 2014 melalui paper Utusan Malaysia, kata abah dan suami "Nanti Julia laminate artikel ini elok2 ya, dan framekan ia untuk anak-anak dan cucu cicit julia nanti akan baca tentang kegiatan julia selama ini"
Terima kasih reporter dari Utusan Malaysia kerana sudi menemuramah julia.

Terima kasih sahabat2 ofis yang senantiasa berikan semangat dan tunjuk ajar.

Terima kasih kepada semua blogger yang bimbing, komen terbaik selama ini setiap entry, komentator yang setia dan bagi julia semangat dan motivasi untuk lebih serius dalam blog di masa hadapan.

Terima kasih kepada Erina (mommy Aqil dan Aqilah yang selama ini kuat memberikan dorongan untuk menjayakan kempen vaksin pneumococcal) dan group mommy blogger gojes supermom & baby.

Terima kasih kepada suami dan anak yang mendorong, mengkritik, motivasi serta pujian kepada julia lebih ke hadapan untuk berblogging.

Terima kasih abah mama yang respon terkejut anak dia masuk paper hehehe.

Terima kasih kepada semua teman dan sahabat FB dan Instagram yang bertalu-talu mengucapkan tahniah.

Resepi Julia amalkan selama berblogging 4 tahun

  1. Jangan sombong.
  2. Jadi diri sendiri.
  3. Luaskan interaksi pelbagai group blogger dan libat diri dalam perjumpaan.
  4. Libatkan diri dalam pelbagai kempen yang diminati. Cth: Kempen kesedaran.
  5. Blog walking, baca entry blogger lain karangkan dan tinggalkan komen seolah-olah ia sedekah yang paling mulia.
  6. Jika ada ujian hentaman, ada orang cuba merendah-rendahkan anda biarkan mereka kerana pasti ada rezeki yang Allah nak bagi.
  7. Senantiasa positif dalam semua perkara.
Kalian semua sangat dihargai. :D
Moga artikel dan rujukan dari blog ini boleh dimanafaatkan untuk semua, amin. :)