Pagi tadi macam biasa rutin, akan sama-sama tunggu solat jemaah subuh dengan family, tapi aku cuti hari ini, maka ambil kesempatan membaca buku-buku motivasi dari my mom, my mom dan abah memang ada pelbagai jenis buku motivasi, so tak perlu julia beli, just baca di rumah mereka sahaja cukup dalam 5 minit. Okey input motivasi dan garapan berguna untuk julia dan anda-anda di luar sana, apakah yang anda tahu tentang dengki? 

Cuba terangkan dalam kotak komen, dengki untuk perkara yang boleh kita bagi semangat untuk terus berjaya itu adalah positif. Tapi jikalau dengki berterusan tanpa usaha untuk kenali hati budi seseorang itu dan dengar dari luahan mulut orang lain, cakap belakang, tak berani nak bersemuka, apakah saham yang korang dapat? Tepuk dada tanyalah iman anda, jangan ditanya perempuan lindungan kaabah dan seangkatan dengannya :) *pasni mesti ada gosip kata perempuan lindungan kaabah mula bg khutbah hari rabu, hahahhaha silakan gosip. Yang julia cuba nak sampaikan disini tiada kena mengena dengan anda di luar sana, tapi pagi ini Allah rezekikan julia pada pembacaan yang tidak sampai 1 min tapi membuka mata hati kita tentang firasat dengki, iri hati dan kebencian melampau terhadap sesama umat.

Rezeki ternampak di meja my mama pagi tadi, Allah nak bawa julia baca 2 cerita pengajaran tentang dengki. Jom baca yang julia highlightkan.

Syair Sahabat
Pada zaman Rasullullah, zaman yang terkenal dengan syair, syair tentang sahabat dan cari sahabat yang bersungguh-sungguh jaga kekurangan diri kita dan aib kita. Dimana? Kita tahu kan siapa mereka. Anda yang tengah membaca slot entry ini adalah sahabat julia, julia tahu anda sebenarnya sangat mengambil berat, dan tidak mudah mendengar dari cakap orang lain, persepsi orang lain tidak sama dengan mendengar sendiri dari tuan punya badan. Hati-hati bila berbicara ttg aib orang, takut jadi fitnah berpanjangan.

Cerita Benar Pertama
SubhanaAllah, sila baca ye kawan2, jgn scroll je ye, julia nak anda semua dapat input apa yang julia cuba sampaikan.
Sinopsis
Sedangkan dengan adik beradik pun boleh bergaduh, inikan pula dengan rakan seofis yang tak bertegur sapa walaupun hari2 berjumpa, jika tak suka sekalipun, hanya sampaikan salam semasa masuk di pintu masuk utama mewakili semua orang, sudah mencukupi. 
Kedua, amal ibadat baik macam mana sekalipun, kita kena bersihkan hati setiap malam dari firasat dengki mahupun seangkatan dengannya, itulah lg setapak yg boleh masukkan kita didalam syurga. Maafkan semua pendengki, maafkan diri sendiri yang suka dengki2 dan julia nak cuba latih diri supaya senantiasa amalkan konsep memaafkan semua orang sebelum tidur. AMin

Cerita Benar Kedua
Kisah cerita Mu'awiyah dengan Abdullah
Rakan seperniagaan yang saling mengusahakan tanah pertanian
Tapi sadisnya...baca ye.

Bagus tindakan positif Mu'awiyah, walaupun Abdullah dengki dengan beliau, tapi tidak sedikit pun Mu'awiyah balas dengan negatif, malah dibalasnya dengan kasih sayang tidak berbelah bahagi untuk sahabatnya Abdullah. SubhanaAllah!

Syukur Ya Allah, sekali sekala kita kena ada motivasi diri untuk melangkah ke hadapan jika mengalami situasi dengki , iri hati manusia, contoh cerita ini balik nanti julia nak sampaikan kepada suami, beliau banyak melalui liku2 alam perniagaan yang sangat dasat, perlu motivasi membina dari isteri setiap masa.

Semoga entry ini bermanafaat untuk anda dan diri julia sendiri. 
Amin.