Korang, bacalah sendiri bawah ni, saya bukan tak terima nasihat seperti ini, tapi jangan terus menghukum mereka2, kalian2 yg suka sharing ilmu melalui gambar dan kegembiraan, tidak langsung berniat nak menguris perasaan. Pelik, kalau orang yang bermasalah takkan dia ada masa nak hadap FB dan blog tgk dan baca post orang, sure lah dia penat nak fikir utk solve problemnya...ke korang yang dengki? Haaaaa cepat ubat hati tu balik kang nanti jadi hitam susah nak polish, zikir selalu tau.


Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan..kalau ada barang baru, jgn tunjuk depan kawan, nanti kawan sedih nak beli & mungkin mak ayahnya tak mampu..
Kalau makanan ada sedikit, jgn makan depan kawan nnti dia terliur..
betapa indah pembentukan akhlak anak2 ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati org lain.
Tapi kini..tanpa kita sedari.. melalui fb & laman2 sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk2 atas dasar 'share'.. beli barang baru, upload gambar.. sebelum makan, upload gambar.. perah susu banyak2, upload gambar.. dapat komisen, elaun atau gaji lebih, upload gmbr cek, slip gaji, slip bank..
anak dapat result exam bagus, upload result anak & banyak lg yg tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dll tp realitinya tanpa kita sedar atau mungkin kita tak ambil peduli.. ada antara mereka yg lihat gambar makanan yg kita upload, mungkin dah beberapa hari tak makan..
ada yang tengok gambar slip gaji kita, ada di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja.. ada yang tengok gambar result anak kita, mungkin ada di kalangan mereka dikurniakan anak yang lembam..
ada yang tengok gambar susu perahan kita, mungkin ada di kalangan mereka ibu2 yg badannya tidak banyak mengeluarkan susu & begitulah seterusnya...
MAKA :
"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerana mungkin ada yang sedang berduka"..
"Sembunyikanlah kekayaan kita, kerana mungkin ada yang papa kedana"..
"Sembunyikanlah kesihatan kita, kerana mungkin ada yang sedang sakit"..
"Sembunyikanlah kejayaan kita, kerana mungkin ada yang merana"..
Sesungguhnya, perbuatan merendah diri & tidak suka menunjuk-nunjuk itu amalan yang mulia..
yang lepas itu biarkan ia berlalu..
marilah sama2 kita berusaha ke arah kebaikan..
Jadikan group ini medan perkongsian ilmu..
Jadikan group ini medan tazkirah..
Jadikan group ini medan maklumat..
Jadikan group ini medan yang boleh memajukan ummah..
Kerana bila kita meninggal nnti.. ilmu yg kita sampaikan itulah yg bermanfaat untuk kita.. bukan apa yg ada yg kita tunjuk2kan itu.
Semoga usaha kita yang sedikit Allah pandang & diberi ganjaran pahala sebagai bekalan akhirat nanti..
Aamiin.. & selamat menempuh tahun 2015 yg pastinya penuh dgn cabaran & ujian...

Sekarang ni ramai sangat dok posting ayat ni di wall FB, masalahnya aku tak boleh hadam sangat apa yang ditulis, maafla ek, apa sebab korang buat FB, blog dan wassup serta seangkatan dengannya, niat kawan2 yg up gambar macam2 tu ada pernah korang tanya tak dia kenapa ko up gambar makanan ke percutian ke apa sebab?

Sebabnya berkongsi ilmu, tips dan nasihat...macam aku kan suka memasak, adakalanya aku bg resepi dalam fb dan blog utk geng bapak2 dan geng mak2 ni join masak2, kalau aku pi holiday dekat ke jauh ke, atau hari2 aku berjalan bukan niat aku nak RIAK, tapi aku suka bg info kt kawan2 dan keluarga bahawa tempat holiday yang aku pi ni aku cerita pengalaman yang aku hadapi dan aku akan cerita tips nak berholiday di mana aku pi...kan itu satu bonus utk korang yang pertama kali nak mencuba...review tu kan penting...ayooooooooooo...ayoooooo nak nasihat tu betul, tp kalau terus buruk sangka eeeee si julia tu kan selalu posting kt FB gambar dia masak la...gambar anak dia la...gambar dia pi holiday kemain kerap dia post...nak menunjuk ler tu dia berduit.........
Allahhhh jikalau itu yg terlintas di fikiran anda tu bermakna anda ada masalah HATI...ubat hati anda sebelum lagi parah...jarang sekali ju nak membangga diri weh setiap posting gambar dan setiap entry julia...sebolehnya nak berkongsi dan bertanya sama2 agar masing2 dapat sharing ilmu dan pengalaman, itu lah yg paling bernilai. 

*** DOAKAN Maksu saya, sekarang beliau berada di Hospital Gleneagles Ampang, baru lepas surgery kt otak ada pendarahan, now stable, doakan ye agar beliau sihat sediakala amin. K. Bye.