Assalamualikum WBT, tak sangka blog yellow usang ku ini ada mata-mata dari badan NGO sudi nak invite aku dalam skop badan amal ini. Nak kata julia ni parenting blogger 100% tak lah kan, adalah kadang-kadang join aktiviti sukarela 2 tahun lepas dulu. Mereka baca kisah saya di Utusan Malaysia berkenaan entry Pneumococcal, syukur alhamdulilah, tajuk skop parenting ni sangat berat, benar sangat "Menghadkan penggunaan gajet semasa bersama Keluarga" itu perlu, kadang-kadang Qi tak boleh gak duduk diam2 so kadang2 julia pun bukakan video Upin Ipin kt dia...tapi tak selalu sebab julia nak dia bergaul mesra dengan orang disekelilingnya. 








Pendapat julia, penggunaan gadjet kepada anak-anak tidak salah, cuma cara kita awasi dan menghadkan penggunaan itu bagaimana dalam sehari? Itu yang kita kadang-kadang terleka dek kerana nak anak duduk diam...walhal banyak cara lain anak-anak boleh beraktiviti tanpa berhadapan dengan gadjet seperti ipad, hp, dan lain-lain buat sementara waktu.

Korang rasa julia perlu ke sahut cabaran ini? 
Rasa macam berat task ni, kalau anda terima jemputan ini didalam email inform saya di wassup ye, mana tahu kita boleh berbincang,
please nasihat saya rakan-rakan.
Terima kasih.