Last week, suami beli stok bulanan macam biasa untuk Qaiser ilman. Tapi kali ini julia tengok hanya 2 bungkus susu je dia beli. Mengomel suami julia tu balik letak atas meja, bukan apa makin mendadak harga susu ducth lady naik dari pek lama dulu. Memang tak dinafikan bagus pihak pengusaha Ducth Lady buat pembaharuan macam ini, kita tak tolak latest produk, apatah lagi contain yang ada didalam susu baru ini jauh lebih baik dari segi penambahan nutrien untuk sang anak-anak kita.

Persoalannya, bila stok ini dialir ke orang tengah, harganya menjangkau keterlaluan. Bukan nak berkira, tapi kos zaman hidup sekarang memang kena buat KIRA-KIRA! Jimat kena bertempat, berbelanja pun kena bertempat dan berhemah. Dulu harga stok pek lama di Tesco mahupun Manjaku hanya dalam linkungan RM22.99 - RM23.99...masa beberapa tahun lepas boleh la dapat harga murah RM19.99 itu tahun bila? Lama dah...tapi sejak penukaran pek baru, stok lama semakin susut dipasaran...hampir ke semua tiada stok!!!!!!!!!!

Tahu tak betapa rasa paniknya tengok ada saudara dan rakan2 yang mencari stok anak ini takde dimana2 kedai :( Kami pun nak hampir habis dah stok so wassup suami untuk beli sebulan stok...cari punya cari suami cakap nasib ada di Manjaku...pek lama memang dah takde...yang ada stok baru...harga 1 pek RM27.50 :( nangissssssss lagi...nak tak nak kena beli sebab Qi kuat menyusu tak kira siang atau malam.

Nampak kan resit tu...bukti betapa dasyhat yer orang tengah kaut keuntungan...kasihanilah kami sebagai ibu bapa yang marhaen ini. Kasihanilah perut anak2 kami, kami bukan nak berkira tentang duit, tapi kami nak harga penanda aras yang bernas supaya kami semua tak terus di tipu, teraniaya...sedih nangis tepi bucu tupperware Qi.

Saya sebagai ibu tak salahkan pengeluar...tapi fikir-fikirkanlah pemborong dan peniaga. Bincanglah nak letak harga tu, sejak kami tahu disitu mahal...kami akan mula berpaling...mencari lubuk lain...

Terbaca dalam kelab gojes, yati ada uar-uarkan di Tesco Ampang ada buat sale dalam group betul2 murah.

Tesco Ampang
Update 10.30 pagi.
1) Susu Dutch Lady 123 RM19.99 1kg (Madu sahaja) pek lama banyak still ada lagi
2) Susu Dutch Lady Explore 2-4 RM22.99 900gram (semua perisa) pek baru.
Dekat manjaku pek baru RM27.99 mahaiiiii frown emoticon
Alhamdulilah borong byk2 item 1 byk2 jimat...expired date 8 jun 2016  tq @drosmieyatie bg info yeyyy
Borong pek 1kg lama sebab dah tahu mereka nak clearkan stok, pek baru akan muncul dengan nama yang sangat best, Explore 2-3 years 900gram.

Inilah peranan kawan-kawan, uar-uarkan stok murah dan banyak, terima kasih banyak2 sahabat, julia dan suami borong sebanyak yang boleh, kami beli pek lama sebab sgt jimat...alhamdulilah, harap harga pek baru Ducth Lady Explore 2-4 year dan tahun yang lain dalam keadaan harga yang TERKAWAL.