Jemputan, Pergi, Kumpul Info, Balik, Karang Entry dengan Ikhlas. Ini yang julia amalkan, suka buat entry detail sebab itu melambangkan diri julia sebenar yang suka maklumat lengkap. Suka bertanya, suka melihat dan pergi dapatkan aura dari all the experts. Bukan setakat itu, orang belakang tadbir dari pihak Positive Parenting sendiri sangat peramah dan air muka setiap satu darinya sangat ikhlas, pertama kali bersua seperti dah lama kenal. Rasa macam tak mau balik lepas pi session hari tu. Seronok tak terkata.


Bila kita relaks dan enjoy sesuatu event atau aktiviti, pastinya kita akan coretkan sesuatu yang ikhlas terpancar dari gaya penulisan untuk dikongsikan didalam blog bukan? Kalau event tu bosan, tenaga penceramah pun syok sendiri cakap sorang2 kt depan, takde 2 way communication antara penceramah dengan parents yang hadir anda pasti akan berkata, last la aku nak pi event ni. Lepas tu entry pun asalkan ada gitu.

But not this session! 
I enjoyed very much, kebanyakkannya yang hadir adalah parents dari golongan bangsa Cina. Golongan Melayu boleh dikira, sebenarnya rasa sedih juga, sebab terfikir, kenapa bila ada event FREE tentang parenting orang Melayu buat acuh tak acuh nak libatkan diri. Ni menjurus kepada Julia ye sebab julia sendiri banyak kali skip session anjuran dari Pihak Positive Parenting kerana kekangan tugas.

Mentaliti dan sikap julia lihat dari pandangan kasar: (jgn plak serius ini hanya andaian)
  1. Pasti session memboringkan
  2. Tak ada event makan tak nak la join
  3. Suka event hiburan baru seronok
  4. Salahkan anak nanti tak duduk diam
  5. Malu menebal
  6. Tak kenal sapa macam mana nak join
  7. Layakkah aku?
  8. Malaslah
  9. Buat-buat lupa
  10. Alah aku tau macam mana nak didik anak2 aku, bukan susah pun.
Banyak soalan yang bermain dalam fikiran....kalau event jemputan melibatkan jawatan IBU BAPA kita tak ambil kisah sangat termasuk julia la. Tapi bila dah pergi sekali, Allahuakbar, sedih bukan kepalang, seronok dan banyak ilmu saya pelajari dan saya sendiri rasa nak menangis bila fikirkan saya zero ilmu tentang dunia JAWATAN SEORANG IBU....

Lepas ni, harap-harap adalah next session, julia tak sabar nak join dan buat hebahan, nak sama-sama dapat ilmu percuma...kami dahagakan ilmu ini.

Terima kasih atas komen / penghargaan / testimonial yang diberikan oleh Pihak Positive Parenting. Saya bagi 5 bintang! :D



Terlepas session parenting? 
Click link: