Gaya tudung, julia suka menggunakan warna-warna terang, warna malap juga selalu guna tapi mesti akan selit sikit sesuatu untuk naikkan seri tudung sama ada gunakan elemen brooch atau inner yang lebih terang. Ini bukan tutorial cara nak gayakan tudung, tapi saje nak kumpulkan setempat satu entry gaya-gaya tudung yang julia pelbagaikan setiap hari termasuk hari Sabtu dan Ahad. 

Tudung
Mahal atau murah sesuatu tudung atau shawl bukan faktor utama, faktor utama julia pentingkan ialah keselesaan, dan mudah dipakai. Mahal ada kelebihannya juga, faktor material dan jenama memungkinkan sesuatu tudung sangat digemari, murah adakala juga setanding dengan fabrik tudung yang mahal jika kita pandai cari dan buat pilihan. Tapi semua orang pasti suka harga yang berbaloi dengan duit poket kan. 

psttttttt kadang-kadang shawl dan tudung yang murah-murah macam RM5 ke RM10 jika pandai buat gaya, boleh jadi tudung mahal dimata orang lain. Hehehehe rajin-rajin buat gaya sendiri, mana tahu gaya itu nanti boleh ditiru juga oleh orang lain yang berkenan dengan gaya kelainan anda sendiri. 

Makeup
Julia suka makeup simple je ke pejabat, material yang julia gunakan murah je. Brand Maybeline & Silky Girl. Tak sampai 5 minit je buat solekan tipis, tapi jika ada function atau event keraian, pasti akan selit sikit mood makeup lagi menarik, eyeliner, mascara dan blusher baru pakai. So baru jimat, hehehe.

Okey jom sekali imbas lihat koleksi tudung dan makeup simple julia gayakan. 






























Okey, itu sahaja perkongsian julia di hari Jumaat, selesa berhijab labuh, nak ke mana-mana pun rasa tenteram. Bagaimana dengan anda? Jom kongsikan di ruangan komen, boleh cambah idea-idea mengayakan tudung dan makeup. Nanti julia reply satu-satu ye. Bye!