Lama sungguh tak beli kasut sukan kekdahnya, hahahha senyum kambing. Bila ada jemputan ke click Family Day Bloggers Kelab Bloggers Ben Ashaari baru-baru ini di Pusat Komuniti Cyberjaya baru la terhegeh-hegeh nak cari kasut sukan. Julia pentingkan harga murah dulu, kalau yang berjenama tu memang setakat belek2 tengok jelah dari jauh walaupun dalam hati nakkkk....tapi bila tengok beratus2...hmmmm mula tarik hand break beralih tengok gedung lain.

Sebenarnya, kedai Original Classic ni bertempat di Times Square je tau, area Ground Floor, nanti korang search la sendiri ek, kebetulan pakcik saudara suami nak beli kasut dia kat sini dulu kami ikutlah, bila tengok wowwwwwwwwwwwww lautan kasut sukan yang tersangat murah jarang julia jumpa. So, bila ada event sukan, baru ajak suami beli sekali sedondon kasut sukan hahaha. Mujur tau port murah.

Julia ni kaki jenis besar dan panjang...kalau kasut bertutup mau saiz 10...kalau selipar atau kasut biasa tu saiz 9 pun okey dah. Hihihi yang menjadi masalah jenis kaki besar ini lagi2 wanita memang sukar nak cari kasut saiz jenis besar2 ni...

Suami saiz 44, Julia saiz 42, just nice try tak ketat sangat tak besar sangat, material Metrix ni ringan sungguh, tak gatal la masa pakai dan tak rasa berkuap sangat. Tengoklah lautan kasut sukan dibelakang ni, semua memang murah2 belaka.

Harga tak mahal, see harga tu untuk sebuah, jimat duit betul.

Kami sepakat pilih tema merah hitam, yelah tema bloggers day lepas tu kan merah hitam, so nak serasi kan....walaupun suami tak dapat join KBBA family day tempoh hari sebab ada job last minit yang dia kena handle tapi tak rugi pun lain kali kami leh riadah jalan2 di taman sambil berkasut sukan dengan my son.

Qaiser ilman pun nak kasut sukan juga, untuk anak punya saiz pun banyak kat sini, cantik2 dan murah, harga untuk my son ni only 25 something. Still bajet tak over limit.
Puas hati tengok my son pakai, kualiti pun best.

Bola tu pun my son nak sangat2 hahahahhahah...boleh dia tak mau lepas bola ni...mujur RM50 je...okey ni walid bayar la...kasut umi belanja...macam2 budak tengah membesar ni, serius cakap bola ni best tau, bila sepak tu lantunan dia hebat juga. Bola jenama Nike.

Rekemen kat korang kalau nak beli kasut sukan beli kt Original Classic yang berada di Times Square ni, murah dan berbaloi sebab direct dari kilang kan...selamat bersukan dan beriadah bersama keluarga dan sahabat handai...daa!