Selepas check out dari Hotel T'Lodge click SINI, Julia bersama anak menemani suami ke depoh penyimpanan bas-bas persiaran Tazben Travel dan rakan seniaga di Kuala Besut. Nyaman suasana pagi hari, mendung dan tika ini jalan dalam kampung sunyi sepi, maklumlah waktu cuti semua masih berada di rumah masing-masing. 

Temani Suami Outstation
Julia suka temani suami, lihat bagaimana dia berurusan kerja dengan rakan seniaga, akrabnya mereka berbicara sesama sendiri. Selesai urusannya di Kuala Besut, suami terus nak bawa kami berdua jalan-jalan makan angin di sekitar Kota Bharu. Wahh pucuk di cita ulam mendatang, bagi julia yang dah lama sungguh tak menjejakkan kaki di bumi Kelantan (dulu 6 tahun lepas kerap pernah ke sini uruskan program kejurulatihan bersama fasilitator) dan kini selepas Kelantan di timpa musibah banjir besar, keadaan dan kecantikan senibina sekitarnya masih utuh seperti dulu. 

Pertama kali melalui jalan ini, dari Kuala Besut ke Kota Bharu hanya memakan masa 30 min je, dekat sangat. Dari jauh dah nampak sayup-sayup KB Mall, besar sungguh, tapi julia tak masuk sebab motif hanya untuk berjalan-jalan melihat kawasan sekitar sahaja.

Suami sempat menyinggah di Pasar Siti Khatijah, macam-macam diborongnya, dodol, keropok dan sedikit buah tangan untuk ibu dan ayah di Kuala Lumpur. Lihat masjid ini semasa suami hendak buat pusingan U, cantik sungguh senibinanya, masih kekal cantik dan mempersonakan sesiapa sahaja pertama kali datang ke sini. Tengok awan tu, seperti ia dalam lukisan kan, julia snap semua gambar ini semasa kereta suami sedang berjalan, rasa tenang sangat dapat mengembara bekerja sambil menikmati alam semesta di negeri orang.

Pantai Cahaya Bulan
Alhamdulilah, sampai juga hajat suami nak bawa julia dan Qaiser ilman menikmati keindahan Pantai Cahaya Bulan (PCB). Suami memang kerap ke Pantai Timur, cuma isterinya banyak outstation zaman dulu cuma tak berkesempatan menyaksikan keindahan pantai sekitarnya. 

Allahuakbar, julia di belakang cinta-cinta hati ini melihat mereka berdua di sana, cantiknya bukan kepalang Qaiser ilman mendepakan tangannya, tingkah lakunya seperti dia mengucapkan syukur cantiknya alam ciptaan Allah kepada manusia. Anak kecil sepertinya tahu erti hargai alam, apatah lagi kita yang sudah dewasa, ambil peluang beberapa minit cuma untuk menghirup udara segar di sini.

Makan di Gerai Paling Hujung di PCB
Kami bertiga ambil kesempatan untuk merasai masakan disini. Kami order:


  1. Air Kelapa Muda
  2. Nasi Goreng Ketam 
  3. Sotong, udang, ikan celup tepung.

Cukup puas menikmati makanan yang sangat lazat sambil menghirup udara pantai PCB yang sangat bersih. Orang tak ramai masa ni.




Meratah lauk sahaja sebagai menu utama, sotong, ikan dan udang celup tepung ni sangat ranggup, banyak gerai di sekitar PCB, tapi kami memilih gerai paling hujung sekali sebab sangat berhampiran dengan pantai. Best.

Inilah dia Nasi Goreng Ketam, femes juga macam Mee Ketam. Sedap sungguh nasi ni, lain dari yang lain, isi ketam di gaul dalam nasi tu rasa kemanisan ketam asli wowwwwwwww.

Oleh sebab julia belum lagi makan nasi, so nasi ini kami kongsi 3 orang, tak mahu kenyang sangat sebab nak berjalan pula ke pantai kedua nanti.

Kenyang perut suka hati alhamdulilah, panorama indah disini kami dapat, makanan lazat pun kami dapat, syukur alhamdulilah Ya Allah, selepas ini nak tahu ke manakah destinasi seterusnya?

Kami menyinggah pula di Pantai Irama Bachok Kelantan.
Betul-betul berjalan sungguh! 
Tunggu entry akan datang ye. 
Bye!