Ramadan tak lama lagi akan tiba, tengah mencari resepi mudah untuk santapan keluarga tersayang? Bila sebut PEKASAM, automatik kita akan ingat oh pekasam ikan lah kan, itu dulu. Sekarang pekasam telah dipelbagainya menunya. Siapa sangka bagi peminat daging dan peminat telur sotong sekarang anda boleh nikmatinya pada bila-bila masa tanpa perlu tunggu musim. Sesuai untuk mereka yang duduk jauh dari Malaysia rindu masakan Malaysia mahupun masyarakat berbilang bangsa dalam Malaysia sendiri boleh merasai keenakan pekasam tradisi yang dipelbagaikan. Kalau orang bujang, petik jari je anda sendiri boleh masak, inilah kelebihan dari produk ini.

Perkenalkan Pekasam Daging dan Pekasam Telur Sotong Resepi Ibu Azrieyta. Resepi ini pasti mengamit setiap suapan anda. Bagi Julia yang pertama kali mencuba, julia sendiri dah masak, satu rumah tak tahan dengan baunya semerbak. Tengah menaip ni pun dok teringat-ingat pekasam daging dan telur sotong yang ranggup. 

Pembuka selera sungguh sampaikan nasi tambah pun anda kena standby hehe.

Pek Segera!
Anda tak perlu buat pekasam. Sekarang dah mudah, semua di jual dalam bentuk pek segera yang sangat padat dengan isinya dan harganya pun sangat berbaloi. Di depan setiap pek ini ada dinyatakan cara-cara nak masak pekasam, yang penting JANGAN BASUH

Buka dan terus sediakan bahan-bahan yang anda sukai nak masukkan dan goreng dalam kuali. Semudah itu!

Kualiti Pembungkusan
Bila anda beli produk ini, bungkusan diluar langsung TAK berbau, kalau anda nak bawa balik kampung pun tak perlu risau sebab dalam bungkusan ini memang dibungkus dengan baik sekali (kedap udara). Ini pun boleh dijadikan salah satu buah tangan untuk ibu dan ayah serta nenek, atok di kampung tau, mana tahu anda nak balik berbuka puasa dengan mereka atau selepas habis bulan Ramadan pun anda nak repeat beli buat stok di dapur pun sangat digalakkan sebab nak sedia pun mudah.

Pekasam Daging

Tekstur Pekasam Daging
  • Lembut dan daging sangat empuk;
  • Bila dimakan tak liat, mudah di makan;
  • Tidak gatal gusi;
  • Tak perlu dimasak lama atas kuali sebab daging sudah lembut;
  • Tak masam;
  • Tak berbau keterlaluan;
  • Adunan pekasam sangat ranggup;
  • Bau wangi satu rumah!

Memang sedap betul pekasam daging, berebut makan dengan suami, suami siap tanya berapa harga, beli lah lagi, nanti abang bagi duit, dia makan tak toleh kiri kanan dah, sebat sorang-sorang hahahhaha. Lauk utama semalam di pandang sepi hahaha.


Pekasam Telur Sotong

Cara nak masak Pekasam Telur Sotong ini sama seperti Pekasam Daging.

Tekstur Pekasam Telur Sotong
  • Isi sotong tidak berbau hanyir;
  • Telur sotong lembut dan kekal rasa macam sotong fresh;
  • Ramuan pekasam sangat ranggup;
  • Bau wangi;
  • Tak masam;
  • Tak berbau keterlaluan;
  • Adunan pekasam sangat ranggup;
  • Tahan lama, simpan di peti ais.
Julia paling suka pekasam telur sotong, bila makan dengan nasi panas-panas lembut je sotongnya, macam makan sotong fresh, padahal pekasam. Hebat ramuan resepi tersembunyi dari produk makanan pekasam ini.


Harga
Pekasam Daging 
RM12
(exclude postage)

Pekasam Telur Sotong 
RM15
(exclude postage)

Julia bagi 5 bintang untuk produk Pekasam Daging dan Pekasam Telur Sotong Resepi Ibu Azrieyta. Nyata kini ia jadi stok pilihan seisi keluarga menjelang bulan Ramadan nanti. 

How To Order:
Facebook: DYatieShop
Email: dyatie86@gmail.com
WhatsApp: 019 - 460 3069