Ada anak lelaki, soal pakaian dan kelengkapan dia juga pun walaupun simple tapi kena ambil berat juga, lagi-lagi soal rambut. Julia memang tak suka tengok rambut tebal macam sarang tebuan tu, rasa lemas, rimas tengok, rambut Qaiser ilman ni jenis kering dan tebal, at least sebulan sekali kena trim juga. Baru sedap mata memandang.

Rambut Qi kan kering
Kadang-kadang guna minyak Johnson & Johnson pun tak juga lembabkan rambutnya, tanya mamak yang trim rambut dia tempoh hari, katanya guna sebarang gel Brylcream. Hmmm tapi julia ada gak guna sikit gel rambut walidnya sapu kat hujung2 rambut je, kalau tak buh nampak macam muka tak mandi plak hahahha, adoiii susah la dapat umi yang jenis teliti semua benda, nak anak sentiasa bersih dan sentiasa nice untuk dipandang dimana2 sahaja dia berada.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berpindah tahun
Dulu masa kecil, Qi juara menangis dan meronta dalam kedai gunting rambut. Puas kami walid dan umi pegang si Qi masa kecik semata nak trim rambut, orang tengok pun kami tak peduli, asalkan pemotong rambut tu tak kena luka.

Menjelang nak genap 3 tahun, fasa perubahan Qi semakin beralih kepada kematangan sedikit. Pertama kali ke kedai gunting rambut di Sri Gombak tanpa walidnya, sebab geram tengok rambut dia dah mulai panjang sampai ke telinga julia beranikan diri bawa dia seorang tanpa beritahu walidnya....hehhehe

Sesi gunting rambut pertama kali, tanpa suara tangisan dan duduk seperti orang dah faham kalau gunting rambut kena duduk statik tak boleh gerak-gerak. Kali kedua (video bukti dibawah) julia bawa Qi nak trim rambut khas untuk photoshoot studio, dia dah faham dan menuruti arahan mamak ni, pandai mamak ni memuji kanak-kanak macam Qi, sebut clever boy, good boy. 

Meh tonton video Qi, dah big boy, 3 tahun dah faham apa itu gunting rambut. Umi terkedu lihat dia sorang2 dari jauh sambil ambil video kenangan.

Inilah video pertama kali Qi gunting rambut sebagai baby. Lucu dan terfikir, masa pergi meninggalkan aku dengan kenangan....bagaimana aku nak kejar kenangan itu, hanya melalui video.



Aku, sebagai umi, terfikir, banyak masa aku hutang dengan Qaiser ilman,
tunggu sampai masanya umi berhenti kerja dan hantar kamu ke sekolah ye Qi, 
sekarang umi nak kumpul modal dulu.

Moga sampai hari itu, aku berbakti kepada anak-anak ku nanti.