Korang suka makeup? Pakai bedak sahaja pun dinama makeup juga tau, haaa jangan kata plak oh sorry i tak suka makeup, tapi tengok muka pakai bedak hehehehhe. Anyway, Ahad lepas baru je 2 hari lepas saja suami ajak pi jalan-jalan di Mid Vally Megamall, Allah lautan manusia tak yah cakaplah, semua bangsa ada, aku? Macam biasa jalan kepit-kepit lengan suami hahahhahaha nak feeling romantik gak wpun dah kahwin, halal dah kan kepit tangan suami takpe.

Nak beli stok dalam tandas sebenarnya kat Aeon Big Mid Vally, pusing punya pusing ternampak depan farmasi Alpro ada buat clerance sale makeup-makeup pelbagai jenama. ZA pun ada, Silky Girl paling banyak, dan ada lagi brand makeup yang dijual. Perghhhhhhhh ini baru betul-betul kena pada sasaran ni, julia terpegun tengok banyak tau stok-stok makeup nak di clearkan...murah-murah.

Harga?
Lip Balm tu RM2 brand silky girl, murah kan? Lipstik silky girl RM5 murah kan? Lipstick brand ZA first time nak try beli RM10 jeeeee ish2 bapak murah, bedak silky girl RM11........haaaaaaaaaa pulangan jimat berkali ganda, tak sampai RM50 pun beli, leh tahan berbulan-bulan ni guna. 

Ish aku ni memang fanatik dengan lipstik, apa jua brand x kisah, setakat ni semua okey je dengan bibir ju, tak ada lagi kes mengelupas ke apa kan, just nice julia borong la 3 jenis ni...semua warna natural light2 gitu. 

Julia try pagi ni pakai lipstik ZA Pure Shine Lips 01 Petal Pink, perghhhhh lembut je rasa kt bibir, tak rasa melekit, dan warna sangat lembut, sesuailah dengan Bulan Ramadan ni kan nak jaga bibir supaya tak merekah dan jumpa orang pun tak segan tak terlalu garang.

Tapi tak beli plak eye shadow ngan eye liner, berlambak plak tu...range harga RM10 gitu, hmmmmmm kena pi balik ni hahhahahahha 

Korang pi cari Alpro Pharmacy ok, depan tu je dia lambakkan stok makeup murah2 dari harga asal....dekat setengah jam aku lepak situ...mujur suami paham isteri dia kaki shopping makeup murah hahahhahah 
#makeupaddict #makeuplover #makeupblogger #beautyblogger

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
IKLAN
Ephyra Skin Bar
RM39 sahaja
Julia Johari - Pengedar Sah Ephyra
WhatsApps: 013-6327 333
Baca Review SINI