Tomyam Campur Homemade by Julia

Tengok gambar macam nak bagi resepi kan? Hehehe alah ni semua menu yang biasa korang dah pernah masak, yang julia nak utarakan isu disini, bagaimana anda rancang masa anda semasa di dapur? Rata-rata mesti cakap, saya tau lah masa saya bila saya senang nak masak di dapur, saya tau lah bila saya nak masak, bila saya nak tidur, kenapa julia nak kesah? Hehehehe, jangan marah kawan, bulan puasa dah ni.

Masa di Dapur
Penyediaan bahan mentah, start dari mula penyimpanan bahan mentah tu sendiri, anda ada buat pecahan kan? Bagus. Tips julia, kalau ikan, ayam dan daging, julia akan siap2 siang elok2 dan buat pecahan simpanan bahan mentah sebelum masuk ke dalam peti ais.

Katakanlah
1 ekor ayam julia pecahkan jadi 4 bahagian (4x masak). Siang semua elok2, cun2, comey, kemudian masukkan dalam plastik kedap udara, kalau tak ada tibai je plastik biasa tu ikat kuat2 dan masukkan 4 bungkusan ayam yang sudah diperuntukkan atau lebih bagus buat 5 bungkus. Jimat leh rotate2 masak kan. Itu ayam...ikan dan daging korang leh buat benda yang sama...janji dah siap siang awal2 dan jangan basuh sebabnyaaaaa (nak kekalkan bahan mentah tu sentiasa fresh walaupun dah dibersihkan)

Nanti masa nak berbuka puasa nak masak
Korang terus direct buka fridge hanya keluarkan sub bahan mentah tertentu sahaja bukan seekor ayam yang di tarah berulang kali sampai ayam yang hari ke empat tu lunyai dah tak ada seri...begitu juga macam sayur dan cili...(ni tips bagi orang bujang atau anak dara yang baru nak belajar masak, julia bagi tahu sebab tengok masih ada lagi adik2 yang suka longgokkkan bahan mentah yg dibeli tanpa buat pecahan) tu buang masa dan tenaga dik...

Cili bahan utama selain rempah
Korang basuh cili kering tu elok2, blend elok2, kalau boleh jangan blend dengan bawang awal2...sebab julia perati kalau blend dengan bawang sekali hasil cili stok tu tak tahan lama... so blend kosong cili simpan dalam bekas kedap udara. Settle. Nak masak nanti dah mudah, stok utama dah sedia ada...kalau nak masak sweet sour ke, nak masak cili ayam masak merah ke, ikan masak merah ke, asam pedas ke, haaaaaaaa kan senang!

Bawang?
Bawang biasakan buat mayang hirisan halus setiap kali nak masak, lagi bagus korang tumbuk je, bukan nak pakai banyak kan...sikit je. Sebab bawang bersifat tak tahan lama kalau blend siap2 simpan dalam peti...nanti dia naik fungus. Kalau pandai simpan tak pe...kongsikan disini julia pun nak tau.

Beri Mood!
Nak memasak simple kena ada mood, kalau tak ada mood jangan kata nak suruh masak telur pun malas hahahha, so nak jaga mood kena tidur cukup. Tu je dik hehhehe

Julia tau korang dah pandai adjust time masa didapur, bagi yang masih tak tau leh ikut tips bagaimana hanya setengah jam atau paling lama dalam sejam sahaja anda boleh masak dengan 5 jenis hidangan ringkas macam julia masak ini.

Lagi satu, julia nak pesan, kalau nak rancang memasak di dapur, fikir dahulu apa korang nak buat supaya masa tak terbuang...tau port julia fikir kat mana, masa drive kereta nak balik rumah, dah pikir dah apa jenis menu nak masak. Sampai rumah zasssssss buat tak sampai 40 min siap!

Husband balik pun tersenyum...nak suami sayang kan? Nak family sayang korang kan...sekali sekala pantaskan memasak semasa di dapur...janji simple dan sedap sudah!

Jimat sekali sekala kan tak salah...nanti leh pi bazaar ramadan beli kuih sikit 1 ke dua jenis cukup.

Okey bye!