Ramai yang tak tahu dari yang tahu sebenarnya, walaupun Air Asia sekarang makin canggih bagi reminder 2 hari sebelum berlepas untuk web check in AA, tapi disebabkan belum pernah cuba buat, kena buat! Sebabnya rugi tak buat, memanglah dekat KLIA2 penuh kaunter self check in sendiri disana tapi jangan sambil lewa, kalau kita bernasib baik waktu tu dapat datang awal tak apalahkan, manalah tau tetiba mesin kat kaunter self check tu banyak yang buat hal, rosak dan tetiba hang...

Eh julia pernah terkena dah banyak kali, serius, kadang-kadang mesin tu tetiba hang, dah kena masukkan balik no e-ticket kita tu balik semula, cari mesin lain, memang banyak mesin, tapi time tu lah anak plak minta dukunglah, tangan mengigillah nak tekan nombor hahhaha (gugup lama tak naik flight nebes hahahha), time tulah tetiba jem lah, tak semua nak naik ERL weh, aku pun berkira nak naik ERL tu, sanggup naik Bas ke KLIA2, tapi mujur walaupun ada orang hantarkan tapi jangan kita pandang ianya alahhhhhh kat sana banyak kaunter jangan risau.

Malang tak berbau, walhal ia boleh dibuat simple gila awal-awal lagi, mana tahu tetiba terlambat, kes tayar kereta pecah ke, kes kereta rosak ke, kita tak boleh jangka. So baiklah kita sedia payung sebelum hujan.

Check in awal-awal untuk masa pergi dan balik. Aah waktu balik pun nanti ko check in je sekali, mudah je pun tak payah risau-risau.

Mula-mula anda pergi ke web ini click http://checkin.airasia.com/ 
Kemudian akan keluar paparan ini kan, aku mula-mula buat tadi blur hahhaha, tang family name dan surname family tu, aku masukkan nama Johari/Julia lah (salah), aku masukkan Julia/Johari (pun salah), last sekali aku terfikir, dia nak surname je, almaklumlah aku mana biasa ada nama-nama family ni, so aku letak nama bapa aku je JOHARI. Haaa baru betul. Len kali korang nak web check in jangan gatai letak nama korang sekali, key in nama BAPA sahaja. Done!

Pastu dia akan keluar penyata macam ni, flight check in pergi dan balik, alahhh korang tick je belah kiri tu dua-dua sekali untuk masa check in pergi dan balik, senang. Next....

Kot-kotlah korang nak add on baggage punya berat ke, apa-apalah, leh buat kat sini juga, tapi aku tak add on pun, banyak hand luggage je senang cepat pun cepat, yang berat2 macam baju je masuk perut kapal hehhe.

Pastu semaklah seat korang tu dok kat area mana, nanti masa nak masuk AA, tak adalah ko menerawang mencari, ko dah boleh agak, macam aku ye flight masuk je pandang belah kanan, cari nombor 15A, sonang.

Last sekali part confirmation, semaklah nama korang dan nama-nama family yang ikut, kot-kotlah terhilang salah satu huruf pun susah jugak tu, kena sama dengan IC, baru valid.

Paling penting, bacalah important notice tu, silap hari bulan kalau konfiden sangat ko pun akan terbabas, yelah cuba tengok perbezaan masa untuk AA dan AAX punya jarak masa check in baggage, diorang nak buat kerja awal, so kita kena datang awal beb, kalau tak korang ye beg besar-besar tu maybe tak boleh hand luggage plak sebab tak menepati piawai, so jangan menyusahkan diri sendiri lagi-lagi kalau flight oversea, lagi kena datang awal 4-5 jam sebelum, serius ramai gak aku nampak flight terlepas dek kerana rasa konfiden sangat flight akan tunggu korang, AA takde ye nak tunggu, kadang-kadang 45 min sebelum masanya pun dah berlepassssssssss...masa tu tak payah nak menangis depan kaunter AA, malu je.

Sekarang boleh print Boarding Pass untuk pergi balik sendiri yeyyyyy, nanti boarding pass ni korang tunjuk kat kaunter check in baggage je terus, lepas tu korang nak pi makan ke, nak pi tandas ke terpulang, boleh senang hati dah tunggu nak check imegresen je.

Esok jam 4 pagi kena bangun dah, sebab driver akan hantar kami ke KLIA2 nanti awal-awal, Subuh maybe kat sana je, sebab driver suami ada job pagi kena pick up shuttle di tempat lain, so nak tak nak mandilah pagi2 buta julia esok anak beranak hahahhahaha boleh tak nak mandi style P.Ramli, hehhehe doakan kami ye selamat pergi dan pulang, alahhh dekat je, saje2 lepas gian si budak kecik Qaiser ilman tu nak naik flight, mujur grab promosi dari Nov tahun lepas, tak terasa mahal sangat.

Nanti sekodeng kat instagram dan FB julia jangan lupa LIKE 
>>>Fan Page Julia Johari Dot Com<<<, adalah tu nanti dia upload memacam. 
Bye!