Apa kata jika anda bercuti di Langkawi jangan book slot makan pagi di hotel, tukar selera serta merta dengan menjamu sarapan pagi di Kompleks Pekan Rabu, Kuah Langkawi dengan ala-ala western style yang unik serta murah. Haaaa, suami julia yang perkenalkan restoren ini pada julia tau, dia google di internet dan baca sisipan blogger yang pernah review makan disini, bagus, suami pun sudah ada gaya bijak mencari info dalam blog. Itulah kuasa blogger, dapat membantu orang lain melalui info yang jujur.

Sarapan Di Mana?
Pertama kali jejakkan kaki di sini jam 9 pagi, suasana hening dan sangat sejuk. Dari My Hotel ke sini adalah sangat dekat, hanya 2 min sahaja menaiki kereta. My Hotel bersebelahan dengan Kompleks Pekan Rabu Langkawi, so memang banyak port makan sedap disini tau terutama untuk sarapan. 

Pakcik, roti canai 3, dhal sahaja tau. Itu kata julia pada pakcik tu sebab nampak dia dok buat something atas hot plate kan....sekali pakcik tu senyum, kami tak sajikan roti canai macam tu dik, haaaaaaaa ini kelebihan sarapan pagi disini. Terbeliak mata aku tengok weh. Haaaaa western style weh, kemahen nama pun Sandwich Bistik lah, Roti Canai Bistik lah, Kebab Bistiklah...macam-macam ada. 

Betul juga, asyik makan roti canailah, nasi lemaklah, jemu oiiii, lagi2 makanan kt hotel tu lom tentu sedap, apa kata anda sendiri cuba menu sarapan baru disini.

Cadangan Menu Sarapan Sedap
So, pakcik tu yang cadangkan kepada kami menu ini, dia kata cuba dulu baru tau! Tudia lograt orang Kedah pekat sungguh, seronok dengaq pakcik ni dok berceloteh sambil tersenyum, cam ni lah kami nak, sambil makan ada layanan baik.

Meriah tak menu sarapan kami? Perghhhhhhhh! Tak pernah makan style mcm ni tau weeeeeeee

Kami order air bali dan air sirap, lawa plak presentation sirap macam tu aummm

My Husband order Roti Canai Bistik, rasanya memang garing dan sangat juicy, sebabnya ada rasa daging cincang yang di campur dengan sos black pepper, mayonis, kemudian di salut dengan telur wowwwwwwww, makan plak dengan style western ada pisau steak dan garfu. Suami pun puji sedap.

Qaiser ilman makan French Toast, amboiii budak ni, makan roti bakar, hehhe tapi dia memang peminat roti bakar pun, habis sekeping dia sebat sorang. Lagi satu umi makan hehehhe tolong makankan lah 

Sandwich Bistik atau senang cakap Roti Bistik
Rasanya bila di potong rasa roti bakar, ada rasa hirisan daging cincang yang dimasak dengan sos black pepper, sedapppp oiii bila terasa mayonis dan telur disalut denga roti bakar macam ni, makin makan makinnnn berselera, tak adalah rasa kenyang sangat dan tak berat sangat, just nice!!!!! Oh i like!

RM3.50 je 
setiap satu, murah kannnnnnn?


Bila di potong Sandwich Bistik ni, perghhh melimpah kuah daging blackpepper pekat tu....yummmmmmm

Licin sudah, ni tandanya sedap!
Ok lima bintang! hahahha

Pakcik ni habaq, nilah menu2 sarapan yang disediakan, wowwww kebab bistik tu mesti sedap kan...rugi tak cubaaa...huwaaa korang pi nanti try tau. Di jamin sedap!!!!!!!

Thumbsup! Kasi selfie depan kedailah, nama Restoren Terong alololololo unik nya nama dia senang nak ingat hahahha
Ini pengalaman julia satu family makan tika waktu itu, jika anda pergi dan servis kurang memuaskan sila cakap sendiri dengan owner kedai tu terus ye, masa julia makan okey je waktu itu...sekarang dah tahun berapa kan korang pergi haaaaaaaaa gitu...so hormati bingkisan perkongsian cerita julia dimasa ini...harap maklum.

Alamat: 
Restoren Terong,
Kompleks Pekan Rabu Langkawi
(Landmark: Bersebelahan dengan Geo Park Inn Hotel dan SPAD/LHDN)

 Tudiaaaa, 2 keping tentatif yang julia kumpul dan buat sendiri sepanjang 8 bulan, hahahha tapi tak semua lah ikut, just make in 1 draft senang lah nak pilih, okey dimana destinasi sightseeing kami selepas ini, tungggggguuuuuuu part seterusnya ya! Mmuahhhhhhh!

Jangan Terlepas Episod Travelogue Dibawah... 
Langkawi Aku Datang | Part 1 click HERE
My Hotel Langkawi | Part 2 click HERE
Laksa Kaw Ikan Sekoq | Part 3 click HERE