Ini yang julia punya sahaja tau, suami punya dah siap-siap ambil letak dalam peti ais rumah tak sempat nak snap gambar rupa lambakan coklat sebenar tau hahahhahaha penuh satu bagasi 20.8 kg coklat sahaja! GILA
Langkawi sinonim dengan pusat himpunan coklat-coklat murah almaklumlah tax free kan. Tapi tak semua harga sama setiap kedai atau mall yang jual, so kena rajin-rajinkan diri melawat dua kawasan utama tumpuan iaitu kawasan Pekan Kuah, Pekan Rabu Langkawi dan Chenang. Bila korang jenis hantu coklat macam kami, makanya sila kumpul duit banyak-banyak beberapa bulan sebelum pergi. Julia dan suami memang jenis suka beli coklat bagi kat keluarga, kawan-kawan sekerja, setaman mahupun sesiapa sahaja yang disayangi, suka beli coklat happykan mereka.

COKLAT LEBIH BERAT DARI BEG PAKAIAN
Kalau nak kata makan sangat-sangat tu tak juga, suka beli dan suka sedekah, itu sebab kena beli beg khas baru di Kompleks Haji Ismail Group semata nak masukkan coklat yang beratnya 20.8 kg. Perghhhhhhh, sanggup kami masukkan beg coklat tu dalam kargo dan jinjing beg baju yang beratnya lebih kurang sama di atas kapal terbang. Gila? Aah sanggup hilang beg pakaian dari beg coklat, kalau beg coklat hilang mau satu airport julia bebel kot hahahha.


KAWASAN COKLAT MURAH?

1. Kompleks Haji Ismail Group
Paling favourite ke sini banyak kali, sebab ada ATM MESIN mudah kami nak keluarkan duit, bukan setakat coklat aje tapi semua ada dari perkakas dapur, pinggan correlle dan segalanya. Sempat beli alat kutleri dapur, bersinar-sinar sudu garfu dari sekecik2 alam sehingga yang besar tu julia beli. Suka barang dapur tu sebab pantang nampak yang murah-murah dan shining2 heheh.








2.  The ZON Duty Free & Coco Valley - Kawasan Chenang
Anda patut ke Chenang dulu, sebab kat sini coklat HERSYEYS tersangat murah, pastu ada versi bentuk coklat murah macam kat bawah tu. Coklat bentuk macam inilah yang aku nak sangat cari, harga murah nak arwah tau, kami suami isteri berperang beli coklat ni tau sebab murah RM1 bar ada 3 coklat dalam tu, sedap plak tu. Murah kan? So kat tempat lain aku tak nampak versi jimat macam ni, kat sini ada.
WHITTAKERS & FERRERO  ROCHER pun murah SANGAT sini, boleh kata aku dan suami sawan kat dalam ni, ada juga part coklat lain yang mahal tapi tu brand yang aku tak pernah tengok. Tapi kat sini lah lubuk HERSYEYS paling besar lom pernah ku lihat.


3.  RAMS Duty Free Shopping Centre - Pekan Rabu Langkawi
Kami dah lama hunting DAIM, tapi tak beli kat Hj Ismail Group, kami sabauuu dulu, sebab kakak saudara cakap pi kat RAMS ni murah coklat DAIM. Memang betul, kat sini DAIM ada versi pek kecil tau, kalau kat tempat lain versi saiz besar makanya harganya pun besar. Aku dan suami cadang nak bagi kat kawan dan bos yang rapat sahaja so takkan nak beli yang besar2 rabak duit poket oiii...kat sini ada pek kecil, comey je, so jimat.

Inilah pek kecik tu, kat tempat lain aku pi tak pernah nampak versi kecik, sini je hado tu yang borong terus yeyyy

Suami juju dah nampak tempat juju dok sakan telek...tefal aje dia hahahhaha

RM4,400....gila, mata aku tengok tak lawa pun biasa je hahahhaha

4.  LANGKAWI FAIR
Kat sini boleh makan MCD tau hahaha aku ni tau MCD je, lepas makan MCD terus masuk mall ni cuci mata. Ternampaklah LEE. Suami julia masuk dalam tu pun dah berejam, si Qaiser ilman dah keliling mall aku kejar, siapa cakap lelaki tak kuat shopping haaa? Aku pun kalah woiii hahahha pi la tgk

Total LOST suami ye attire
RM408 tunai 
Aku yang menangis tengok dia shopping, katanya puas hati shopping favourite brand dia ni, ada banyak DISKAUN sangat murah dari harga asal, FREE DUTY, kalau tak harga asal sehelai seluar jeans ori...aku tak mau mention, nanti aku yang muntah hahahha korang tengoklah harga lepas diskaun ye....

KENAPA TAK BELI CADBURY?
Masa ini aku pi semua cawangan jual cadbury tersangatlah mahal, 1 x bar cadbury besar RM8 ke atas...satu bar tu, gila kan, tak kisahlah made in Malaysia ke, luar negara ke musim aku pi bulan Ogos tu rata-rata semua mahal. Aku tanya kawan opis yang dah lama menetap di Langkawi, katanya memang ada musim tu coklat jenis ni semua mahal, pastu bertukar musim ni coklat itu plak mahal, nasib badan kan, hmmm so satu ketul cadbury aku tak bawa balik, baik beli kat kawan opis jual RM4.50 satu bar hahahha.


My MUM & DAD punya.

Julia punya bahan kunyahan di opis, dah habis top up lagi hahha

Kawan opis punya, yeyyy

Bukti terpaksa tong -tong dengan suami semata beli beg baru besar tu nak LETAK COKLAT tau RM80 ke RM90 gitu bawah RM100 je beg oren mujur murah kebetulan beg travel tak muat hahaha...sebab tak muat nak bawa balik coklat sahaja, ulang semula coklat 20.8 kilo sahaja! 

Jangan di tanya berapa kami habis duit untuk coklat sahaja, sebab kami menabung dari awal tu sedap je beli apa yang disukai.

Memang kami GILA coklat hahahha, okey bye. 

***JANGAN SIMPAN COKLAT DALAM BUT KERETA SEPANJANG HARI, NANTI COKLAT CAIR, KALAU BERCUTI LAMA, BAWA NAIK COKLAT KE HOTEL DAN ANGINKAN SUHU BILIK.

Next episod Part 11 nanti story lagi...belum selesai lagi ye...

Jangan Terlepas Episod Travelogue Langkawi Dibawah... 
Langkawi Aku Datang | Part 1 click HERE
My Hotel Langkawi | Part 2 click HERE
Laksa Kaw Ikan Sekoq | Part 3 click HERE
Breakfast Tempat Sedap | Part 4 click HERE
Langkawi Duck Tours | Part 5 click HERE
Tempat Makan Sedap Langkawi | Part 6 click HERE
Pasar Malam Pekan Kuah Langkawi | Part 7 click HERE
Muzium 3D Art in Paradise Langkawi | Part 8 click HERE
Makan Malam di Restoren Haji Ali Nasi Kandar Asli Langkawi | Part 9 click HERE
Langkawi Bird Paradise Wildlife Park | Part 10 click HERE