Sebut sahaja makan petang dimana pasti ramai ternganga, haha yelah pening nak fikir makan petang dimana yang dekat Kuala Lumpur tak perlu buang duit minyak sampai kena pergi ke Kuala Selangor. Pernah ke Uptown Damansara anda pasti tahu ada deretan kedai makan tetap yang akan beroperasi setiap waktu petang. Julia dah lama makan di gerai aunty Penang 1090 ni, waktu operasi jam  6 petang sehingga larut malam, kadang-kadang habis awal sebab stok seafood semua sold out.

Chinese Style Halal
Julia cadang kepada anda cuba ke sini dan rasai kepelbagaian jenis seafood yang dimasak secara Chinese Style, halal, servis laju dan owner senantiasa tersenyum. Itu sebab aku suka review free, kalau servis mantop masuk lah carta blog julia. Tak mau cakap banyak mai sini tengok map dibawah ni julia sertakan. 

Isnin je TUTUP!

Anda hanya perlu set waze atau Google Maps kat handphone Taip <Penang 1090 Uptown Damansara> terus ke sana dalam beberapa minit sahaja. Kalau julia dari Parlimen ke sini hanya 4 min je awak. Dekat je kan.

Kami datang paling awal jam 6 petang, siapa pun tak ada lagi, hanya owner kedai yang tengah sibuk bersiap. Aku respek lah aunty dan uncle ni didik anak dia pun pandai memasak, kira 1 family lah bergabung di dapur, bunyi kuali tung tang tung tang tu pun sudah cukup harmoni bagi aku sebab bauuuu tu perghhhhhh.

My little Qaiser ilman sekarang dah tak pakai kerusi baby ye nak makan, dia sekarang dah big boy sangat, makan pun tertib duduk setempat, pandai makan sendiri tanpa perlu suap dah langsung, macam ni lah jadi lelaki macho hahahha. Love u sayang!
Dia peminat Char Kuew Tiaw Kerang okey...sebijik perangai maknya.

Aku ter oder GELAS BESAR aku ingat air tembikai laici tu besar macam kat sebelah tu, rupanya matikkk makkk nak minum hahahhahahhaa tapi puas hatilah kena berbelas ringgit, melayang duit hahahhaha

Kuewtiaw Goreng Chinese Style
Sekejap je uncle dan anak dia masak, laju bebenor. Tak panas montot lagi dah siap, kuewtiaw goreng kerang chinese style ni dari bertahun aku makan sampai sekarang mantop sama je rasa perghhhhhhhh my son makan tak pandang kiri kanan dah, balun sorang, dah tu ku kena order asing hahaha


Pepahat Goreng Cili
Fuhhh ini sangat rare, suami tanya nak makan pepahat tak...bertahun dah aku tak makan seafood ni, selalunya banyak kat area Kuala Selangor je. Kat kedai ni ada. 1 pinggan ikut kilo lah, tapi setandinglah rasa sedap.


Siput Sedut Masak Kicap Cili (BALITONG)
Haaa ni paling disukai satu family, kami panggil balitong je sebab dalam bahasa Cina mereka panggil balitong, sedap ooooo sedut2 rasa isi fresh tu perghhhhhhhh...layan tanpa nasi. Kenyang!

Sotong Celup Tepung Ranggup
Datang ke Penang 1090 akan order ini, pasti!
Kegemaran ni ranggup sungguh sotong tu weh. Alahaiii tak cukup tau 3 orang makan, kena up lagi hahahha

Berselera haaa memasing, husband makan Nasi Goreng, korang fahamlah kan style Chinese masak nasi goreng memang sodappppppppp....fuhhh, my Qi kemahen layan sorang2...dah besar dah kan.
Padan muka, pi order besar kan, pantang dengor besor besor semua nak order besor hahahhaha haaa sekali besar peha gelas dia kasi hahahahha muntah nak habis, mujur sedap kongsi 3 orang hahahhahhahaa 

5 bintang!
Pi lah cuba, pasti tak nyesal sebab jimat duit minyak korang.
Bye !


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

IKLAN
Ephyra Skin Bar
RM39 sahaja
Julia Johari - Pengedar Sah Ephyra
WhatsApps: 013-6327 333
Baca Review SINI