Ya, perlu ke berduka bersedih lama-lama? Masalah kalau tinggi Everest pun tak kan selesai kalau tak gali sikit-sikit selesaikan. Julia jenis rempuh je masalah, malas nak fikir stress bagai semua, buat selagi boleh, tak boleh buat dok diam-diam karoks la kau sampai orang sekeliling terhibur hahahaha thats me ! 

Depan ko takkan lah aku nak karoks kot, not me lah, hanya family tercinta je kena bahan dengan aku hahaha yes jenis cheerfull like me yang suka bercerita dan suka mendengar cerita rasa puas masalah tak payah fikir langsung. 

Tengok muka julia kat atas tu, syok sendiri senyum sorang-sorang, hero-hero lain buat aksi spontan bukan dibuat-buat ye, yes my son ada kala ikut mood nak bergambar, pedulik apa maknya memang suka bergambar, my husband serius man, yes susah nak tengok dia senyum dalam gambar melainkan ko kena arah dia senyum baru dia senyum hahahhaa, memang kontra habis ngan aku yang jenis periang cam budak kecik kikiki




Inilah kereta antik kesayangan suami julia, mercedes lama ini juga kesayangan moyang Qi juga tau, moyang beri pada cucunya iaitu my husband untuk jaga kereta ini sebaiknya, macam-macam lah suami reno kereta ni, tukar sport rim mercedeslah, tukar no plat kasi moden design, hantar salun polish bagi kilat, yes aku bangga sebab suami minat jaga harta kesayangan atuknya...syok ooo naik kereta old skool ni, sangat selesa naik !

Cerita Jumaat lepas ~
Gunting rambut Qaiser ilman, dah tebal macam sarang tebuan, trim dan kasi ramos sikit, baru macho man anak umi ni, dan macam biasa duduk statik dan diam pabila mamak ni gunting rambut dia entah berapa kali dah, so memang tak tukar kedai gunting rambut khas untuk Qi ni tau...RM6 je sekali servis murah !

Teman sepejabat, julia drive bawa mereka picnic tepi Tasik Titiwangsa time waktu rehat solat Jumaat, waktu Jumaat lah boleh bergumbira sepuasnya setelah penat bekerja pagi sampai ke malam, beli makanan di pasar masjid negara terus meluncur laju ke sini, rasa angin sepoi-sepoi bahasa sambil makan apam balek, laksa, popia basah, air jagung, buah nenas amboiii banyak ye aku makan hahahha nikmat weh!

My hero serius in action hahaha, okeylah sapa nak dengar julia karoks syok sendiri dalam kereta angkat ear phone ! Hahahahha layan jap, tengah pening nak draft 2 food review yang super best...tunggguuuuuu!