Pasal tapak iklan...
Aku ni lama dah pendam, malas nak story kerenah dengan pelanggan macam-macam

Lagi lagi yang aku buat diam, lagi lama diam aku diamkan sampai satu saat aku delete je banner tu...banner sewa iklan...maaf lah saya ni bukan jenis suka minta duit kat orang, serius malu beb, padahal aku berhak, aku bantu lagi perniagaan dia dengan cara...

Ada a few customer yang contact julia melalui email dan adakala beberapa kali di wassup nak guna atau beli perkhidmatan si peniaga...yes julia hubungkan mereka...

Tapi timbal balasnya...2-3 bulan sewa banner iklan tak dibayar, bukan 1 peniaga, tapi ada beberapa peniaga sebegini...aku forward invois rasmi, siap ada nombor akaun bagai tu, detailkan perincian tarikh tarikh, jawapannya hmmmmmm kata terlupa, nanti saya bank in...

Caranya, puas mintak tak guna, aku ada maruah aku juga, sebab cukup murah dah sewa tapak tu aku bagi setiap bulan...kadang2 2-3 bulan tak bayar aku tak desak pun, sebab aku tau masing2 bz...tapi aku buat blog ni pun berbayar web hosting ni. Kalaulah mereka faham...

Ada peniaga yang sangat memahami, sampai tiap2 bulan reminder julia dan masukkan sewa bayaran tapak, aku tahu dan aku malu pada peniaga seperti mereka...bahkan bukan rapat mana tapi atas sifat tanggungjawab mereka bayar bukan 1 bulan malah ada yang bayar 1 tahun atau 5 bulan terus lumpsump dalam akaun...bayangkanlah betapa mereka tahu erti nilai iklan kelip kelip di blog aku...lagi2 blog picisan macam aku ni pun ada peniaga yang sudi nak sewa tapak iklan...aku terharu juta juta rasa. Pernah aku bagi 1 ke 2 bulan FREE iklan tak payah bayar, sebab aku nak juga balas budi diorang tau...rugi lah mereka yang tak berterus terang.

So lepas ni aku sendiri kena strict, tak leh dah biar je...hmmmmmmm tapi kalau aku delete banner tu faham-faham lah ye...saya minta bayaran paling paling pun 2 kali je...pastu saya pancung terus...apa salahnya bagi tahu saya tak minat dah nak sambung iklan...mudah je...hmmmmm.

Kedua....
Pasal kerenah pelanggan di wassup, ditanyanya......
"Kalau saya bank in hari ini, esok boleh pos kan?"
"Hari ini hari jumaat, esok saya tak berani pos sebab saya pastikan akan pos hari isnin dan selasa insyaAllah dapat sebab tujuan nak memudahkan pantauan rekod penerimaan pos laju"
"Oh tak pos terus lepas bank in ke? Tapi saya bank in hari ini boleh pos kan hari ini juga, esok boleh sampai kan?"
"Boleh, saya boleh pos laju hari ini tapi paling lewat jam 11 pagi, itu paling awal Pos Laju nak collect tapi saya tak janji esok sampai sebab weekend kan"
"Tak boleh lah bagi time macam tu saya ni bekerja, jabatan bukan leh suka-suka keluar"
"Tak pe anytime boleh bank in cik"
"Saya ni keje tak connect dengan internet sosial, dalam ni hanya ada sistem kerja sahaja"

(Pulak dah, aku bagi jawapan tak mendesak pun suruh bayar hari ni hahahhaha, dia tanya bank in hari ni boleh pos rini, boleh siapa cakap tak boleh, aku bagi lah masa pos laju...bukan masa aku beb..........aduyaiiii ke dia ada masalah dengan tempat keje hahahhahaha)

Kalau kes macam ni, memang tak beli lah...serius...cakap tak connect dengan internet, dah tu dia tgh wassup tu bukan pakai internet ke, boleh buat bank in online melalui hp sekarang dah senang, aduyaiiiiiiiiii.....kang aku cakap gitu kang sentap pulak...hehehhe

Kelakar tau...plisss la kalau nak beli tak perlu cakap macam tu dengan peniaga...sebab kita leh ketawa balik kalau bagi jawapan memalukan diri sendiri...kihkihkihkih 

Lagi satu nak pesan, saya tak suka mintak...kalau tak ada duit slow talk...no hal, leh bincang bayar bila...tapi janganlah amik kesempatan plak kan...sampai kita plak kena call, kena pi pm suruh bayar...krik krik krik...

Pasni sistem bagi barang dulu sebelum bayar kena di hentikan...untuk elak backout buyers...julia ni niaga kecik2 pun buat akaun kira-kira tau...sebab nak belajar in out duit masuk macam mana...

Tu je lah nak bebel...resam jadi peniaga kecik, gini lah...kadang2 kita kena letak SABAR tu lebih dari itu...macam mana lah suami aku tu berniaga hari2...nak tiru perangai cool dia tu masyaAllah, gunung berapi meletus dulu baru nak lari hahahhahaha (punya penyabar)

Kalau lah mereka tahu, 10% dari hasil blog setiap bulan aku sedekahkan pada masjid, niat dalam hati Ya Allah murahkan rezeki aku melalui blog, murahkan rezeki peniaga2 yang berurusan dengan ku melalui blog, aminnn

Takkan aku nak kena cakap macam ni....tapi dah cakap dalam ni...maaflah pas ni saya tak terima dah iklan awak ye. Saya tak suka mintak duit.