Silent Reader, terima kasih. Terima kasih kerana beri julia semangat untuk terus berkongsi pengalaman, tiada langsung kamus menunjuk-nunjuk, coretan di blog semuanya hasil dari perkongsian dari secebis pengalaman, rugi tak berkongsi kerana kita bukan hidup tunggal dalam dunia ini. 

Kata silent reader yang merupakan suri rumah, "yang penting maintain update blog hari-hari". Heheheh seronok julia baca, luahan dan komen ikhlas yang julia tak pinta, tapi Allah detikkan hati empunya tuan badan hadir beri komen sebegini, lihat julia tak bersendiri tau cakap sorang-sorang, korang ada ramai rupanya jejaki julia selalu...terharunyaaaaa...kalau ada depan ni yang perempuan nak je ucap terima kasih sambil bersalaman...


Kawan nyata lebih mudah hilang dipandangan...menampakkan diri apabila timbul isu dan keseronokkan...semakin hari semakin hilang...yang kekal mereka yang selalu menampakkan diri di ruangan komen dan silent reader....itu sebab aku banyak sibukkan diri dengan agenda keluarga 100%...tak dinafikan aku puas sebegini...kerana kawan itu hanya bersifat tidak kekal....yang kekal adalah keluarga.

Kepada anda yang selama ini jadi silent reader julia, jangan segan silu pm di FB secara tiba-tiba macam diatas, walaupun julia tak mengenali anda diluar sana, ketahuilah tanpa sokongan kalian tak mungkin julia dapat bertahan sehingga akhir ini. Kalian terlalu sangat dekat disini dan mengetahui setiap inci penceritaan ku dari awal sehingga akhir.

Terima kasih!
Saya suka setiap komen membina anda semua. Mmmuahhh!

Travelogue: http://www.juliajohari.com/2015/01/travelogue.html