Assalamualikum semua kawan-kawan julia, sihat? Cuba kalian baca jap komen dari atas sampai bawah, haaaaaaaaaaa haters jeles dengan julia lah weh hahahhaha aku ni buat entry memang banyak base pengalaman benar, takkan nak cerita kisah dongeng si tanggang, cuma aku salute kat para haters di luar sana. Ke haters ni bukan geng KBBA...tapi setahu aku yang bukan geng KBBA pun tetap komen yang baik-baik dalam ni dan berkawan dengan aku, tu aku respect sangat! No hal. Terima kasih lah sebab haters sudi baca blog aku dan tinggalkan jejak hahaha bukan senang oooo kihkih


Aah kisah pasal buat pasport je pun weh...kalau haters ni baca kisah aku berjalan ber part-part aku rasa lagi banyak keyword bahasa jeles tu terkomen dalam setiap chapter tau....hahhaha terkadang aku terfikir, dalam dunia alam maya ni tak semua orang suka pada kita, so kita kena terima dan BUAT TAK TAHU JE....ko baca komen, ko tak kenan, ko delete je simple... 

Anyway, kalau korang baca komen dia atas tu, banyak yang tak tahu dari tahu, dan aku rasa at least aku dah inform cara bagaimana nak buat pasport antarabangsa. 

Sepanjang aku berblogging, aku banyak labur duit untuk kesenangan korang jugak kemudian hari tau, tak terfikir ke julia kena pi dulu satu-satu tempat labur duit sendiri dan kongsi pengalaman tu melalui medium blog untuk korang akhirnya.

Itu sebab walaupun julia ni blogger, tetap juga akan google untuk baca review carian engine di Google bagaimana dan cara macam mana itu dan ini, dan kebanyakkannya kita baca melalui media blog. Setakat baca website je kurang FEEL tu sampai, bila baca rakan pergi ke suatu tempat FEEL tu datang nak pergi sekaranggggg.....See penangan dia!!!

Mungkin haters ni tak faham, dia ingat aku ni nak berlagak sangat kasi tips...hehehe sebenarnya aku niat nak tolong korang je, kira saham pahala aku bila aku mati nanti sharing info berguna untuk kalian...tak ada masa aku nak rasa poyo depan korang...tak mau amik tips terpulang...tak ada paksaan. Pengalaman setiap orang lain-lain, jangan samakan dengan julia.

Hai Haters....dimana pun korang berada, julia doakan supaya Allah bersihkan hati kalian tu ye...kita tak tau esok lusa ke bila-bila ke kita nak mati...nanti tak sempat minta maaf kena seret dosa tak semena-mena...sikit pun tak patahkan semangat julia nak berblogging tau...hehhee

"Hidup ni kita buat baik macam mana pun tetap ada orang TAK SUKA, kenyataan! "