Time busy tu lah aku sempitkan diri dengan print gambar, tak kira! Waktu sibuklah aku jadi manusia terajin sikit puiiiii....sebab kalau time free aku punya malas tahap dewa disorong bantal...suruh apa pun tak jalan. Baru je tadi aku upload 80 gambar untuk di print secara online. 

60 sen sekeping (4R) okey what, 5R susah sikit nak cari album, simple basic sudah, ada lamination khas untuk setiap gambar, so aku memang dari dulu suka dengan kualiti Pixajoy ni, laju dan cantik warna sebab dulu pernah tempah buat photobook, lama gila aku tak buat photobook, so cara kedua kemalasan aku adalah print sahaja gambar!

Tau pe sebab aku buat cara lama print?
Sebab kalau semua aku buat photobook lama-lama bukak lunyai weh, kalau guna album keras beli sendiri, insert gambar, dan gambar tu leh bukak ambil anytime untuk scan ke, apa2 je kan mudah, sebab aku teringat masa sekolah aku suka ambil gambar dalam album tunjuk kat kawan2 sekolah, aku tak de lah amik satu album, so aku pinjam 2 ke 3 gambar bawa untuk tujuan buku skrap sekolah kisah "Keluarga Saya"

So at least kalau ada lagi pembelajaran tu anak-anak julia leh sisip ambil pinjam gambar diorang masa kecik dari album, kan mudah, kalau photobook acaner kan. Terkawal sikit lah nak bagi orang baca bertalu-talu, kecuali ko beli photobook hard cover, luar dalam helaian pun hard cover, yang tu baru tak lunyai.

Aah, aku dah mula nak susun album berkotak-kotak, esok anak dan cucu aku besar, diorang leh tengok kenangan aku bersama diorang. Serius aku suka gambar! Setiap kali aku tengok dengan tangan, pegang album tu aku rasa puas, yelah memang leh baca dalam blog tapi itu online tak leh dirasai dengan tangan.

Kisah 5 sesi travel yang sangat utama bagi tahun Bulan Jan - April 2016:
  1. Singapura Travel - 20 kpg x settle order print
  2. Hotspring Sg Klah Perak & Lumut, Perak -  20 kpg x settle order print
  3. Swiss Garden Residence Hotel Melaka 20 kpg x settle order print
  4. Genting Strawberry Park (tak up lg story print dulu) 20 kpg x settle order print
Total semua gabungan gambar adalah 80 keping sahaja. Cukup pemilihan berhemat dari ratusan gambar yang akan di delete secara kekal. 

(aku malas nak simpan gambar banyak-banyak dalam pc atau email, aku pilih setiap satu travel 20 gambar paling win untuk disimpan secara kekal hardcopy & softcopy email diri sendiri thats it)


Alhamdulilah, tunggu parcel datang je. Bagi julia murah dah ni, dari malas nak pi kedai gambar nak cuci dan tunggu. Beli album pastu susun hooyehhh!