Gambar paling ohsem dalam sejarah...3 anak beranak dalam ladang strawberry, happy face!

Genting Highlands Strawberry Park Bukan Sekadar Strawberry! Yes, tepat sekali apa yang julia nak cerita hari ini. 2 hari senyap sunyi tak update blog, ada sesuatu yang perlu diselesaikan secara sembunyi, alhamdulilah selesai. Now, kalau korang tengah free, apa kata pergi menjengah sekejap di Strawberry Park yang terletak di kaki gunung Genting Highlands. Serius, juju nak cakap ni, kawasan ini memang cantik, romantik, kerlas dan punya keseksian tersendiri, sebab disini dah macam taman mini Cameron Highlands dah, one stop centre, semua ada, cakap lah nak apa, jem strawbery, teh strawberry, bunga segar? Semua ada...nak kamera man upahan pun ada, sesuai sangat untuk apa jua jenis event, terutama outdoor photoshoot, kerlassss sangat taman strawberry sini, cantik gilaaaaa!


Nak pergi LAGI...
Tau sebab apa tempat yang fanatik aku nak pi lagi adalah sini, memang ada bayaran dalam berbelas gitu termasuk budak-budak pun kena bayar beb, tapi aku tak kisah sebab kawasan ni memang menenangkan urat saraf stress aku anak beranak. Lega beb hadap kehijauan ladang strawberry yang tengah masak ranum, kita petik fresh dari ladang yang memakan masa dari KL ke sini hanya 30 minit...seriussssss kalau dah lemau hadap KL tu, mai lah naik ke sini, dekat je u ols...tak yah pi Cameron pun tak pe dah, sini semua lengkap termasuk ada madu kehkeh.

Cadangan pergi waktu bila?
Korang, pergi pagi jam 9 pagi dah buka tau ladang ni, serius kalau pergi waktu pagi memang segar bugar kawasan ni semua, nampak je kawasan ni kecil tapi once korang dah selongkar isi alam ladang ni, korang akan kepenatan, besar sungguh dan banyak bahagian yang kena diabadikan moment2 cantik...hahaha siapa kaki bergambar macam keluarga juju harus jejak kat sini tauu tauu.

Husband & Wife happy moment, susah nak describe happy sangat kami dengan ladang ni, yelah memasing excited nak petik strawberry sendiri termasuk budak kecik tu pokpek pokpek nak gunting dengan bakul kecik dia hahaha....

Last sekali mak pak pasrah, bagi je kat Qi petik buah dia sendiri, seronok tengok dia willing nak petik sekali tau, anak korang pasti seronok, dah lah dekat je dengan KL, bebila boleh terjah sini kalau tingin nak makan strawberry fresh, manis dan sedap.

Tadaa...banyak kan hasil tuaian abam Qi korang ni hehehe, snap gambar ni, dah print siap-siap simpan dalam album, nanti besar Qi tengok balik ye hehe.

Siap dah bayar...okey lah just nice, tak mahal mana, yang penting fresh kan yeyyy inilah air tangan Qi pertama kali petik strawberry yehaa. :)


Taman Lavender...
...best wooo kawasan ni, jatuh cinta banyak kali dah, bukan setakat boleh tengok bunga lavender yang wangi tu, boleh tengok taman bunga ros perghhhhhhhh dah macam Taman Bunga Ros kat cameron tu tau, tapi kat sini ada haaaa, memang la suka hehe jom tengok gambar 



PHOTOSHOOT HAPPY FAMILY!
Amacam, cun tak gambar ni, hehehe bentuk LOVE macam tu memang sedia ada kat kawasan ni tau, korang mesti jumpa punya, pastu topi tu boleh pinjam dekat pondok berdekatan bersama dengan spek biru budak2 tu, serius memang kagum sangat! 

Aku kagum macam mana si abam Qaiser ilman tu boleh sporting amik gambar macam ni hahaha, kalau tak dia bad mood je nak suruh posing...kira aku bertuah masa tu je kot hahahha

Taman Bunga Ros & Pelbagai Jenis Bunga!
Yes, memang menarik bukan? Ada bunga ros secantik ini di tangan julia, lega sangat rasa hati dapat tatap puas-puas, fuhhh kira sekali bayar masuk sini macam-macam lah dapat sebijik kt Cameron tu...berbaloi...jom usya bunga lagi jom...



Huwaaaaaa...jatuh cinta, lagi-lagi juju jatuh cinta...besar sungguh ladang bunga kekwa ni tau, bermacam versi warna dan sudah semestinya ia betul-betul bunga yang real dan fresh...boleh masuk dan pegang...huwaaaaaaaa best!



Zoom dekat-dekat....serius cantik!!!!!!!!

Cak! hahahaha...menyorok di sebalik bunga purple ni...hehhehe omeyyyy

Mereka dibanjiri dengan bunga...dua orang kumbang tu pening tengok ladang ros dan bunga macam-macam hahahahhaha...juju tak mau balikkkkkkkkkk 

Shopping!
Penat oiii pusing macam-macam taman, now kita nak pusing kawasan beli-beli barang macam jem strawberry dan lain-lain...moh kita.

Sarang lebah ori tu...eerkkkk takut tengok besar sungguh

Kiut je kawasan ni hahahhaha...jelas nampak keriangan tu tak boleh di bendung haha


Rehat-rehat, pastu habis dah shopping jenjalan satu hari dalam taman ni....happy sangat rasa! 

GENTING STRAWBERRY LEISURE FARMS
No.1, Lot 3707, Jalan Jati 2 | Bandar Gohtong Jaya, 
Genting Highlands 69000, Malaysia

Korang, pi tau...rugi tak pi...dekat sangat je weh...aku ni dok teringat-ingat strawberry dan permandangan indah kat situ...bestttttt! Bawa anak-anak dan pergi dengan keluarga, serius korang dapat apa yang juju rasa....

KEPUASAN TRAVEL DEKAT DENGAN HARGA BAJET...BYE!