Pencuci mulut diatas ni namanya Lala Choco Marsmallow Milk - sekali dia lalu kat anak tekak juju sampai abam Qi perasan dari jauh dia nak jugak...menangis tepi meja weh hahaha. Bukan setakat sedap tapi dekorasi air ni sangat unik, lagi-lagi waktu petang sekarang panas dia Allahuakbar, memang kena la jamu selera sejuk-sejuk cam ni...

Terus order sorang satu...walid, umi dan abam Qi...haaa dah jangan gaduh malu kat meja sebelah dok tengok keletah kami yang sakan berebut hahahaha.

Ni baru dessert...ada juga SUSU BOTOL...eh bukan susu botol bebudak tu lah...susu botol ni dalam tu ada puding dan macam-macam lah...kot korang nak tau rare yer dessert kat sini leh le terjah...ada western gak tau.


meh nak story sikit apa yang julia kempunan nak makan menu Terengganu.
Ni haaa Nasi Carrot, Mee Calong (bebola Ikan tiga jenis ikan) & Air Soda Bukit Besi...perghhhhhhhh lama dah nak makan mee calong mujur kat sini ada tau...sedap bebola tu, ditambah kuah dia pekat dan ada sambal hitam tu lagi le ngancam anak tekak yang tak berapa baik ni.





 Happy sangat dapat mee calong...makan puas-puas dengan suami dan anak.


Harga tak mahal rupanya...Nasi Carrot plus air bawah RM10 je untuk seorang, menu western macam chicken chop size XL tau harga RM15 lebih...yummmm...pe lagi terjah la leh rasa original menu Terengganu kita...bukan setakat yang julia order je ni tau...ada lagi banyak...nanti korang pi sendiri eh...dekat je.


dELONG coffee & such
No 8, Jalan Opera A,
U2/A Seksyen U2,
TTDI Jaya Shah Alam
Selangor.