Jadual kat bawah ni Julia dapat dari sekolah tadika PASTI lain dalam website, dah keluar rupanya anggaran perbelanjaan sekolah PASTI lain rupanya. Ni kira anggaran yuran kemasukan sesi 2017, aku rasa lebih kurang sama la dengan sekolah PASTI Qaiser ilman nanti. Tak apa aku suka semak perbezaan nanti. 
Dah wassup cikgu nanti dia bagi detail masa perjumpaan ibu bapa bulan Disember nanti...tapi aku sebagai ibu of course nak tahu awal juga.
Dah agak bajet mesti mau cecah 1k gak, tengoklah uniform satu pasang je pun dah RM40...takkan nak beli 1 pasang mau la 3 pasang terus buat tukar-tukar. Lagi-lagi anak lelaki, aktif berpeluh plak tu kena top up lagi 2 pasang bulan berikutnya tukar hari-hari. Okey dah mula panas montot dah ni, memang bajet ada, tapi mental mak ayah nak sedia barang-barang masuk sekolah tu perlu juga kan.
Lihatlah kos bayaran anggaran perbelanjaan. Warna MERAH tu khas untuk semakan perbelanjaan umur Qaiser ilman, korang semaklah untuk anggaran umur anak korang kalau korang rancang nak hantar sekolah PASTI. Malam tadi cikgu sekolah pilihan Qi dah call, cikgu cakap dalam 1k kena simpan, tapi kos semua tak sampai 1k gitu cakap cikgu...biasalah memula daftar kan.
JADUAL PENDAFTARAN PASTI SESI 2017
YURAN PENDAFTARAN
TADIKA
PERKARA
4 TAHUN
5 TAHUN
6 TAHUN
Pendaftaran pelajar baru / lama (tahunan)
100.00
100.00
100.00
Bulanan (Jan 2017 + Dec 2017) RM200/month
400.00
400.00
400.00
Buku sekolah + buku kerja
56.00
79.00
81.00
Uniform (1 pasang)
40.00
40.00
40.00
Pakaian sukan
35.00
35.00
35.00
Penyampaian sijil (Ihtifal)
-
-
40.00
Tabung Kebajikan
5.00
5.00
5.00
Sukan tahunan
35.00
35.00
35.00
Yuran peperiksaan
30.00
30.00
30.00
Tanda Nama (2 set)
3.00
3.00
3.00
JUMLAH
704.00
727.00
769.00
YURAN BULANAN
PERKARA
YURAN (RM)
CATATAN
Yuran Prasekolah (8.00am – 12.30pm)
200.00
sarapan, pengajian pra sekolah
Yuran Day Care Pra Tahfiz (12.00pm – 5.30pm)
150.00
lunch, kelas iqrak, day care, dan minum petang
Caj Overtime (OT)
5 / sejam
Caj dikira setiap setengah jam bermula selepas 6.00 petang
SENARAI HARGA BUKU
Bil
Nama Buku
4 Tahun
5 Tahun
6 Tahun
1
Buku Teks
42.00
61.00
60.00
2
Buku Transisi
4.00
4.00
4.00
3
Buku Latihan6.0010.0011.00
4
Sijil PASTI
-
-
2.00
5
Kad Yuran
1.00
1.00
1.00
6
Rekod Prestasi Murid
3.00
3.00
3.00
JUMLAH
56.00
79.00
81.00

Setiap bulan kos yang perlu dibayar RM350, masih murah lagi bagi julia. Anak sorang tak terasa sangat, bagaimana mak ayah anak yang ramai kan, for sure berpeluh gak tu nak bayar hmmm...tak apa rezeki anak masing-masing. 


Yang penting julia suka pilihan PASTI sebab sebelah petang bukan setakat ada Day Care...tapi include sekali Pra Tahfiz yeszaaa. 

Lepas ni boleh dah print jadual ni, buat semakan akan datang hooreyy!