Sembang pasal baju budak, dalam fikiran aku sebagai mak yang punya anak lelaki umur 4 tahun for sure lain dan tak bukan brand Polo dan BUM duduk carta paling atas sekali. Sebab utama ialah dari segi material kain dan benang kedua brand tersebut tersangat lasak. Aku tau anak aku aktif, melompat ke sana ke mari, berlari, terkangkang ke sana sini, terjun sana sini...aku paling tak suka jahit celah kangkang seluar hahaha...

Dulu pernah beli seluar jeans budak murah RM10-RM20 tak silap, dia punya terberetas benang tu kemain berpuluh kali aku jahit...insaf banyak kali...sebab aku jenis campak dalam mesin...tapi bukan salahkan mesin...bukan salahkan anak aktif (anak aktif tu bijak beb)...tapi aku belajar pilih jenama baju dan seluar budak dari situ.

Jenama Baju Budak Paling Tahan Lasak!
  • BUM equipment

Aku vote jenama BUM, sebabnya 2 seluar terdahulu Qi pakai memang tahan lasak, tak nampak lusuh, tak berbulu-bulu walaupun cuci entah berpuluh kali dalam mesin, pastu warna tak luntur.

Benang pada seluar pun kuat, tak pernah sekali pun aku jahit seluar BUM budak tau, tu sebab kalau aku shopping dekat Sogo aras 4 aku mesti terjah BUM dulu nak tengok ada sale ke tak. 

Seluar budak aku prefer BUM equipment berbanding brand lain, kalau anak korang jenis aktif, punggung lebar, peha lebar hahahha genetik tau better cuba this brand memang ohsem! Campak la kat dobi layan diri ke, dalam mesin spin ke, tetap elok je benang dia...best ooo...harga dari dulu aku pernah beli kat Jusco Setiawangsa 2 tahun lepas harga RM30 sehelai lebih kurang, pi Sogo harga lebih kurang untuk size 10...aah anak aku pakai size 10 dia nama je 4 tahun tapi jenis badan besar tau, sado plus gebus gitu kehkeh.


  • U.S POLO ASSN Kids

Kedua, jenama aku suka borong adalah Polo Kids, oh paling ohsem kemeja budak lelaki kat Sogo tersangat murah tau, RM15 sehelai je...size dari kecik sampai lebih besar dari abam Qi pun ada tau. Tu sebab aku jatuh cinta pi Sogo je, kain dia berkualiti laig satu tak memeri (bila basuh kain tu tak jadi memanjang atau senteng).

Bukan setakat kemeja, t-shirt keluaran Polo Kids memang ada style, aku ni sampai merelip biji mata tengok fesyen baju budak sekarang, style betul, harga pun berpatutan, memang dari baby lagi julia suka beli Polo Baby Kids dekat Qaiser ilman, bila sarungkan baju dekat anak tu mak berbunga hati tau...lawaaaaaaa !

  • Avengers
Jenama avengers ni baru je julia tertarik, sebab harganya murah RM25 sehelai, memang menawan sungguh kualiti baju ni, ada bermacam jenis gambar tau...semua best-best geram nak beli, tapi satu bulan sehelai je kot beli...bila anak pakai nampak rare lain dari yang lain...kalau nak pi acara macam birthday party ke atau acara kekeluargaan aku suka avengers nampak beza dia pakai dari orang lain.


  • Baju tidur

Kalau korang pi Sogo naik aras 4 sure akan cari baju tidur anak kan sesambil pilih baju jalan budak, baju tidur ni aku cerewet sikit, tang harga aku seboleh-bolehnya nak cari yang paling murah...ni memang harga faveret aku lah mainan RM10 lebih...kalau RM15 ke atas pun aku prefer lagi...kalau lebih RM20 sehelai tanpa seluar tu aku berkira tau tang baju tidur je pun hahahha...sebab baju basahan pakai kat rumah biar la biasa-biasa je, kain mesti tak panas dan tak berapa tebal sangat.

~ Ada kisah sales girl pemalas...2x aku jumpa orang yang sama cakap ohh size 9-10 baju tidur ni tak ada...tapi bila aku selongkar sendiri cari jugak sebab nak kepastian ada je size anak aku dan harga murah tu ada....

2 kali dah time aku pi je cakap tak ada size...senang keje ko kan tak payah buat keje...ko pemalas tauuuu nak gosip je aku dengar sambil aku sorang2 selongkar baju anak urghhh mujur mak tak melaser situ mau tak satu hall dengar terkeluar suara jantan mak berdengung 10 harkaaattt kang hahaha...

Yelah, aku ni tanya baik-baik, senang je cakap tak ada size, betul ke tak ada size, tapi bila aku buat-buat cari, aku letak depan dia, boleh dia cakap oh ada satu je size ni...poyooooooo la kau...bila aku korek ada 4 size (10) tau...haaa time tu kau berdiri lurus malu kan...aku ni sejak dah tambah umur ni malas dah nak gaduh, nak melaser tak tentu arah macam dedulu...aku suka senyum sinis je tanda aku protes...pastu aku berlalu pergi tinggal kan kau tanpa sepatah haram aku nak balas...itu aku sekarang...
Contoh salah satu koleksi seluar BUM ni dah nak masuk 3 tahun usia dah abang Qaiser ilman pakai, ambil masa bertahun nak up entry ni bila kupas isu jenama baju budak sebab kena amati dan alami sendiri tahap kebagusan sesuatu jenama baru julia ikhlas review... lihatlah tetap elok dan tak lusuh, tak pernah jahit pun celah kangkang seluar tu...dia punya aksi akrobatik mak kau leh urut dada hahahha best tahan lasak sungguh BUM ! TQ mudahkan keje mak tak payah nak jahit seluar koyak haha

So bagi mak-mak di luar sana, kalau nak cari baju anak...tak payah dah harapkan diorang cari...tak semua yang macam tu yes aku faham...tapi kerana sorang dah 2 kali hadap aku dah masak...yang aku sebagai mak ada instinct yang size anak aku tu ada dibawah-bawah gugusan baju banyak-banyak tu.

Soon...sambung cerita baju anak lagi ye...bye!