Uiii lengang jalan nak pi kerja weh, aman damai tenteram jiwa tak alami kesesakan jalan raya macam selalu, memang penantian cuti sekolah hujung tahunlah julia tunggu sangat ! Bayangkan juju keluar rumah pi kerja jam 6.30 pagi, lenggang kangkung kan bawa kereta, dulu lepas solat subuh cabut awal dah pi kerja...sekarang boleh layan ke dapur dulu tengok peti ais ada balance apa leh ngap hahahahha...tak pun termenung dalam bilik air lama-lama...angan-angan kalau aku kaya! Hari-hari raya...bil-bil jiran tetangga....bayar sendiri lah wehh hahaha

Happy plak...bukan ada plan ke mana pun, maybe esok dah 1 Disember 2016, maka tinggal 1 bulan je lagi my son nak menempuh alam persekolahan buat pertama kali dalam hidup dia. Tadika plus Taska. Bermulalah episod pandai berdikari sendiri diawal usia 4 tahun lebih. Umi yakin, anak soleh umi Qaiser ilman pandai bawa diri. 

Vacation?
Hmmm tak tau nak pi mana musim cuti sekolah ni, maybe tengok angin, tak pun jenjalan dekat KL je lah cuci mata, nak cuci poket jimat dulu lah. Dari tak ada plan kang terboros benda lain menyesal pun tak sudah kan.

Pelaburan
Aah tengah tunggu ASB punya announcement dividen dan untung la beb, tak banyak mana pun kira tu lah duit bonus juju setiap hujung tahun. Dapat beli something bernilai kan.

Lama dah aku pendam...aku tak cerita...sebab aku tak nak sedih!
Aku doakan...korang pun sihat selalu, dimurahkan rezeki...tak kira dimana korang berada jaga diri ye. Malang tak berbau...dua kali dah juju sekeluarga di uji oleh Allah di kawasan jalan raya, KAWASAN BERLAINAN, kes kecuaian pemandu lain kami hampir-hampir nak kena....sangat dekat! Tapi Allah jaga! Aku jerit sekuat hati... menangis sekuat hati...nyawa dihujung tanduk...semua berlaku sangat pantas, sangat2 mengejutkan!

...walaupun bukan kami pemula kepada berlakunya kemalangan...ingatlah tak semestinya kita jaga orang diatas jalan raya dan berhati2 takkan kena...pasti ujian Allah tu tak kenal siapa...huhh dari situ aku tersedar! Ajaibnya perlindungan ALLAH saat itu...aku jerit...aku menangis...sebab aku tak nak tengok orang yang aku sayang TAK ADA! Aku susah nak terima hakikat tuuuuuu...biarlah kalau terjadi sekali pun...biar AKU yang PERGI ! (air mata turun plak)

Mujur, aku masih hidup lagi, Ya aku tak percaya AKU MASIH HIDUP LAGI...air mata bercucuran pandang anak...pandang suami...aku dah tak kisah apa nak jadi pada kereta...tapi aku kisahnya NYAWA dua insan yang aku sanggup tukar NYAWA aku utk diorang...serius aku tak dapat cerita kat sini...aku sangat terkilan dengan sikap pemandu yang cuai...2 moment ujian diatas jalan raya tu aku ingat sampai bila-bila. Tak perlu share detail kot...aku tak nak rasa sedih...yang penting keluarga aku selamat sudah lah...aku percaya...Allah bagi aku peluang kedua hidup ini bersebab...

Taubatlah...
Astagfirullahalazim...
Terima kasih Allah...peluang kedua untuk hidup! 


Apa-apa pun terjadi...ke mana saje kita nak pergi...pemulanya mengucap dua kalimah syahadah...semoga kita pergi menemuiNya dalam keadaan baik sekali cukup sifat kalau boleh kan....kita doa banyak-banyak.


Bye!
"Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan (ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha Mendengar Lagi Maha Melihat."