Semalam julia bersama keluarga dan beberapa orang blogger Kelab Blogger Ben Ashaari menerjah Bangi Wonderland Themepark & Resort yang terletak berdekatan Bangi Avenue dan Bandar Seri Putra, Bangi. Bangi Wonderland yang berkeluasan hampir 4.86 hektar julia lihat luas sungguh dan kemudahan yang disediakan dari segi parking (flat rate RM6) sangat berbaloi. 

Dari KL ke Bangi Wonderland julia set masa lebih kurang 40 minit sahaja kami sampai, itu pun bawa slow and steady je pagi Isnin sebab jalan tak jem. Senang je nak ke sini, setkan waze Bangi Wonderland, terus sampai tanpa rasa jalan sesat. 

Syoknya Bangi Wonderland !
Dari pemerhatian julia, sejumlah 16 jenis permainan berasaskan air disediakan kepada pengunjung, antaranya Water Cannon, Magic Funnel, Boomeriang, Kid’s Adventure dan Wonder Loop.


Dah selamat sampai kita selfie dulu sedas depan 
banner ni wajib buat tanda kenangan.

Tips nak beli tiket bagaimana?
Ramai yang kongsi pengalaman tiket harga di sini murah berbanding tiket waterpark yang lain tau...memang benar. Tapi bagaimana nak dapatkan tiket yang murah dan senang tanpa perlu beli tiket walk in dan beratur panjang berjelar (harga asal 1 tiket walk in mahal sikit).
Ramai yer orang, huhh ini lane walk in beli tiket tau...

Harga asal walk in...nak murah ikut tips julia johari.

Tipsnya beli lah tiket Bangi Wonderland melalui online. Ya, melalui online ternyata lebih murah, mudah, jimat masa, wang dan tenaga korang kena berdiri yang mungkin makan masa berjam lamanya. 

Caranya, sila ke ----> Promosi Tiket Murah 11street klik SINI

Secure Online Shopping
Melalui cara diatas anda akan dapati tiket yang dibeli ada diskaun tau, jika anda mempunyai MyKad dan MyKids sila klik ruangan yang dinyatakan ye. Nikmati diskaun berbaloi-baloi pada bila-bila masa, kalau nak rancang trip on the spot pun boleh, buat pembelian tersebut pada hari ini dan tunggu sehingga email sah dari website 11street hantar kepada anda.

Barisan tebus tiket online di sebelah kanan sekali tau, kawasan Non MyKad.

Senyum simpul, julia dapat tiket laju sungguh!

Cara nak tebus tiket pembelian online.
Senang je, lepas dah dapat notification yang pembelian anda sudah berjaya, sila semak akaun 11street terus ke butiran berikut :
  1. My Page
  2. View order/shipping
  3. Klik link - Order Detail
  4. Salin nombor (Verification Code)
Itu sahaja, tak perlu print, hanya tunjuk nombor Verification Code melaui smartphones pun boleh pada kaunter belian tiket online di sebelah kanan sekali (ada banner warna biru khas). Selesai.

Tapi tak ramai ambil peluang...
Mudah kan, tersangat mudah, tapi rata-rata julia tengok ramai yang tak ambil peluang ini sebelum ambil keputusan untuk walk in tau, padahal masa beratur tu pun boleh beli online. Sebab lane belian online tak ada orang langsung, serius tak ada...punyalah gembira julia time tu hahahha, sengih-sengih daku dekat lane walk in yang panjang berjelar baris sampai ke autopay tau haaa...

Lepas dah tebus tiket, sila baris kali kedua untuk masuk water themepark. Kali ini baris laju sebab senang tak perlu baris lama, staf Bangi Wonderland akan cek barang-barang dalam beg korang tau, makanan dilarang bawa masuk. Nak makan ada cafe disediakan. Kalau nak keluar tertinggal barang di parking boleh minta jasa baik staf situ untuk keluar sebentar. Jangan lupa senyum, staf sana sangat membantu.

Suami dan anak kesayangan berbaris awal dengan tiket tebus online yang laju julia dapat...hooyehhh!

Wah pandangan cinta pertama julia, perghhh luasnya kawasan Bangi Wonderland, terus membuak-buak nak tukar baju cepat haha. Sudut pandangan kanan julia...


Sudut pandangan kiri julia haaa nampak tak permainan yang seram dari jauh tu, kalau korang berani silakan tau bila lagi nak cuba dan pecahkan naluri takut tu hehe.

Semua ada, pastikan hadir awal, mudah urusan nak tukar baju mandi, ada locker disediakan tau, julia sewa locker paling kecil RM10 - Deposit RM15. Locker kecil tu boleh tahan gak lah, tak ada kecil sangat, setakat 1-2 back pack sederhana besar boleh muat.

Kawasan tandas di Bangi Wonderland bersih dan tak berbau, banyak betul tempat shower dan tandas. So sebelum mandi sila buang apa yang patut termasuk anak-anak pun ingatkan. Jaga kebersihan bila masuk ke kawasan ini, terutama puntung rokok sila jangan sepah-sepahkan.


Keistimewaan permainan di Bangi Wonderland.



Dari pemerhatian julia, sejumlah 16 jenis permainan berasaskan air disediakan kepada pengunjung, antara yang julia ingat...

  1. Water Cannon, 
  2. Magic Funnel, 
  3. Boomeriang, 
  4. Kid’s Adventure dan 
  5. Wonder Loop.
Magic Funnel 
Ini yang paling ramai suka naik, walaupun menaranya agak tinggi untuk didaki tapi memang banyak kali kawan-kawan julia ulang naik tau hehehe...


Kawasan paling lama kami beriadah dikawasan ini, sebab julia suka ombak buatan hahaha, pertama kali kena libas dengan ombak Bangi Wonderland terus terdampar di daratan, kuat sungguh ombak sini tau, so korang julia cadangkan sewa pelampung untuk elak kejadian tak diingini terutama yang ada anak kecil.

Harga sewa pelampung tercatat dibawah, agak beratur panjang la semata nak dapatkan satu pelampung. So sila bersabar ye.

Meh tatap Park Map Bangi Wonderland ni puas-puas, kalau boleh pergi lah beriadah ke semua kawasan ini tau. 


Kid's Adventure
Kawasan ini paling diminati oleh kanak-kanak. Serius julia dan suami enjoy sangat melayan anak main kat kawasan ini. Bermacam-macam slide dan permainan kanak-kanak ada, luas pulak tu, puas la berendam!



Tak naik-naik ke darat dah kami melayan Qaiser ilman bermain air, sampai kecut satu badan, makan pun tak lalu dah. Enjoy puas-puas.

Ada buaian besi kawasan Kids Adventure haaaaaaa berebut la nak naik bergayut hahaha...
Bergambar dengan Anak blogger Yana Azfar dan Ujang, abang encem Zafran meraung nak main air weh, baru nak peluk gomol-gomol hahaha

Chillax Cafe
Kalau dah lapar, sila ke cafe ini tau, julia tak cuba makan disini sebab dah kenyang makan siap-siap dari rumah je.


Jemput tonton video yang julia ambil live di Bangi Wonderland.
Klik...


Lihatlah, sampai anak julia si Qaiser ilman tu tahan walid dia jangan balik lagi tak puas katanya berendam hahaha, memang Bangi Wonderland beri penangan kepuasan berendam tahap maksima, dekat pun dekat nak datang, so korang jangan lepaskan peluang untuk Cuti-cuti di Bangi Wonderland.


Promosi Tiket Murah 11street klik SINI


Bangi Wonderland Themepark & Resort
No 2 Persiaran Bangi Avenue
Bangi Avenue 43000 Kajang
Selangor


Website Rasmi: Bangi Wonderland 
Facebook: Bangi Wonderland