Pernah dengar MyTOWN Shopping Centre? Bagi korang yang belum pernah dengar ia merupakan sebuah bangunan shopping centre yang akan dibuka tak lama lagi pada awal tahun 2017. MyTown Shopping Centre terletak berhampiran serta bersambung dengan IKEA Cheras. Pusat membeli belah ini julia perhatikan dari jauh agak besar tau, tak sabar nak terjah nanti bila dah dibuka secara rasmi.

Berita gembira yang julia nak kongsikan dengan kalian hari ini ialah MyTown telah menganjurkan pertandingan selfie  dengan menawarkan hadiah-hadiah lumayan bernilai RM10,000 untuk dimenangi. Wahhh! Cara nak sertai pun mudah sangat dan korang boleh hantar penyertaan seberapa banyak yang boleh tiada had limit...honk-honkkk! 

Itik pun pandai selfie, korang lagi terer dari itik kan...apa lagi guna medium yang ada corakkan gambar korang tu puas-puas...mana tahu dalam banyak-banyak penyertaan korang terpilih...

Cara-cara menyertai pertandingan #GOOSEYSELFIE:
  1. Kemudian klik  “Join Now”. Baca arahan seterusnya untuk fahami langkah seterusnya untuk elakkan salah faham.
  2. Dan diikuti dengan klik  “Start
  3. Pastikan login dengan akaun peribadi Facebook anda sendiri
  4. Upload gambar sedia atau snap yang terbaru dengan mengunakan kamera phone atau webcam anda dan sila tambah elemen ‘goose’ pada gambar tersebut.
  5. Siap... Klik ‘Submit’.
  6. Kemudian share ke Facebook anda dengan jangan lupa gunakan #GOOSEYSELFIE

Itu sahaja, mudah sangat, julia dah hantar 2 penyertaan, satu gambar julia bersama suami dan satu lagi gambar my son.

Pengumuman penting!!! Setiap minggu 10 pemenang akan dipilih you olss! Rugi la tak cuba...jap lagi julia nak hantar lagi gambar hehe

Jangan lupa, jemputlah lah family korang dan kawan-kawan korang tu join pertandingan selfie #GOOSEYSELFIE yang dianjurkan oleh MyTOWN Shopping Centre. Jangan lepaskan peluang keemasan ini...tuah manusia Allah yang tahu...selamat tahun baru semua!