Alhamdulilah, tarikh cantik 11/1/2017 hari Rabu. Allah permudahkan urusan julia hari ini bersama suami tercinta. Terima kasih doa kalian pagi tadi, semua berjalan dengan lancar baik between pihak bank dan developer tak sangka subhanallah, moga Allah murahkan rezeki kalian jua tahun ini dan masa akan datang. Amin... #sujudsyukur
Tips juju korek rahsia: #banksukatengokhasiltabungantetap (scoring juga diambil kira melalui tabungan simpanan tetap, amalkan sebab bank suka kalau kita rajin menyimpan $$$ ---> 90% dalam tangan)
Permudahkan orang lain, sedekah selit-selit selalu...Allah permudahkan jalan kita, janji Allah benar belaka. Now, ready hunting for second low cost this year...yehaaa 



(Klik gambar untuk paparan jelas)


Selesai urusan pertama hari ini, beralih kepada episod kedua, lama betul julia tak intai dan survey prestasi blog. Walaupun tak maintain update untuk minggu ini, lihatlah rekod setiap minit ada sahaja public Google dan klik entry link blog julia...rata-ratanya semua kisah percutian...paling tertinggi carian hari ini kisah Check In Air Asia...oh ramai rupanya masih tidak tahu ye, moga entry berkenaan memudahkan korang ye.


Alhamdulilah, sujud syukur dah tadi...gembira tu tak terbayang, Allah je yang tahu...kami berdua berpakat nak survey habis-habisan rumah low cost this year...korang jom sama-sama kita berlumba tingkatkan hasil tabungan tau...lepas tu sama-sama terjun dalam bidang hartanah...walaupun julia dulunya seorang zero knowledge about hartanah, but now bila dah berkecimpung sendiri, baru faham terms setiap ideologi pembelian hartanah...jangan serik belajar, julia pun tengah belajar lagi ni...tapi tak sangka 1st step berjaya...alhamdulilah.