Kredit pic by  Rancangan Tumit Tinggi

Apa tinggal lagi 10 hari! Tadi belek kalendar pejabat, nampak tarikh siaran semakin menghampiri fuh, dan dan terus seram sejuk, bulu roma naik tegak semacam je....oh ye dulu julia ada janji nak kongsikan detik pengalaman emas kali ketiga julia di jemput sebagai personaliti blogger jemputan siaran televisyen...kali ini siaran khusus untuk wanita bertajuk Rancangan 'Tumit Tinggi'. 


Pengalaman blogger jemputan klik link:
Rancangan 'Tumit Tinggi'. 
Untuk pengetahuan kalian dan readers yang disayangi semua, rancangan ini adalah rancangan terbaru di terbitkan oleh pihak RTM TV1 ya. Siapa sangka, selepas kejutan jemputan siaran Rancangan Walla - Menu Kita bersama Masterchef Malaysia julia sekali lagi di jemput, dirisik, di kejutkan kali ketiga melalui talian telefon oleh pihak RTM.

Saat pertama kali hadir ke ibu pejabat RTM, time ni debaran memacam adeh

Rasa nak gugur jantung, tergolek-golek...jemputan dan sokongan suami serta sahabat semua di FB, IG untuk julia sahut cabaran ini membuatkan julia bertambah semangat untuk harung 2 hari shooting lebih kurang 7 jam sehari rakaman. 
"Tumit Tinggi - sebuah program Majalah TV terbitan RTM yang memaparkan pelbagai isu berkaitan wanita dari aspek kejayaan, permasalahan dan gaya hidup. Rancangan ni berbentuk majalah yang ada 3 segmen berbeza iaitu Bijak & Hebat, Jom Bantu & Bersama Blogger."
Bayangkanlah shooting bulan Februari 2017 lepas, pengalaman emas selama 2 hari rakaman julia kutip dan belajar bidang penyiaran ini bukannya satu kerja mudah, kesabaran tahap paling tertinggi diperlukan kalau korang bercita-cita nak jadi penerbit rancangan atau kru penyiaran...wehh bukan calang-calang mereka ni semua.

Sabar diorang tu julia nampak di raut wajah mereka, nak hasilkan sesuatu rancangan baru yang berkualiti...lagi-lagi jumpa blogger yang gagap-gagap...skrip tak hafal...main bedal cakap ulang-ulang mau tak keluar peluh betina! Haaaaa aku dah rasa, tapikan semua cabaran tu semua aku rasa sangat manis.
Wowwww cantiknya lobi RTM, terkesima sekejap tengok sementara menunggu kru dan penerbit appointment jam 11 pagi. 

Rakaman indoor & outdoor.
Tentang tajuk apa julia akan ke udara tu julia rahsiakan dulu eh...mau kasi surprise! Haha now nak story sikit pasal pengalaman rakaman.

Dulu masa rancangan Walla, kawan-kawan gelar julia MTS, mts tu panggilan pengacara terkenal maria tunku sabri, jauh tau korang fikir julia ke tahap tu hehe...mungkin cara naturalnya julia suka bercakap formal itu sebab nampak ala-ala MTS kihkih.

Kini rancangan tumit tinggi ini berlainan sungguh dengan rancangan walla yang sinonim dengan dunia makanan. Kali ini julia diberi penghormatan tinggi untuk berkongsi lebih mendalam sejak bila julia melibatkan diri sebagai blogger dan hobi julia dimasa lapang.


 Scene bertumit tinggi jalan ulang alik tengah panas, kata bukan sekadar blogger...buktikan julia buktikan haha 

Siaran Scene 7 minit
Berbeza sekali, tahun 2016 scene walla lebih kurang 3 min siaran memerlukan setengah hari rakaman tau, untuk scene kali ini lebih kurang 7 min diperuntukkan untuk julia seorang. Gila tak WOW! Tapi wownya banyak scene julia belajar...

Sebelum kereta bergerak, scene dalam kereta julia bebel pasal kisah blogging...haaaaa bab bebel dalam kereta aku suka sebab setiap hari aku menyembang sorang-sorang pasal kisah di jalanan kahkahkah ye aku ceramah sorang-sorang. Itu sebab bila ada scene dalam kereta aku seronok lah cakap sambil stering konar kiri kanan, mata dok tgk kamera...



Port scene julia tengah update entry blog bermacam-macam tempat tau, dari luar panas terik, ke dalam tempat beraircond sambil pakai tumit tinggi (tak berapa nak tinggi pun hahahhaa) jalan-jalan la sambil cakap-cakap...

 Time ni la nak betulkan cincin jed hahaha kemain, nak update blog je pun julia oiiii hahahha

Okey serius balik...masa ni shooting sedang berjalan...shooting entry blog tau...apa yang julia tengah update tu nanti siaran sebenar korang baru tau haha

Tak malu !
Ya, aku perasan, aku ni tak malu kalau orang tengok aku tengah shooting. Aku tak tau kenapa. Padahal banyak kali gak lah aku kena repeat scene tu orang ramai tengok aku...aku anggap itu cabaran aku kenkonon tengah live update dengan readers aku beb...serius! Bukan nak tunjuk kau power puff girl...tapi itu cara kau nak twist rasa gugup melampau...

Kalau aku tak anggap penonton sebagai readers blog julia johari yang tengah pandang aku dok krik krik krik sorang-sorang dengan kamera sana sini...mau tak aku bertambah krik krik (cengkerik ajeeee teman haha)


Kru RTM bersama Penerbit RTM sedang berdiskusi setiap scene untuk julia, habislah...habissssssss lah julia mana mau lari, ganyang julia ganyangggg hahaha.

Mark kalender handphone korang tau sesiap, seram nak kena bahan gelak ketawa ngan korang hahaha...apa scene seterusnya nanti julia update next entry ye. Stay tune!


Save the date:
Ahad 23 April 2017
12.00 tengahari
Hanya di TV1 

[Nota kaki] → Jangan klik lagi siaran ulangan tau belum disiarkan lagi haha saje beri link awal kot korang sibuk masa tu leh la klik siaran ulangan di http://myklik.rtm.gov.my/