Orang sibuk cari baju raya, kuih raya, aku dengan husband sibuk dok cari deko raya tak habis-habis haha. Bila angau nak berdeko tu sampai laki bini, memang angau hari-hari Google kami dua orang apa lagi nak touch up kasi mata kami sedap melihat. 

Niat awalan deko rumah bukan nak menunjuk-nunjuk ye, bukan nak riak sana sini ye...no no no bukan begitu kawan.

Kami berdua adalah pencinta dekorasi barangan hotel. Itu sebab korang pun tahu kami suka update kisah mengenai hotel. Impian kami cuma satu, nak gubah rumah seolah-olah jadi mini room hotel. Yeeee...my dreams....so warna pun tak ada lah warna mcm warna warni. Lebih kepada pencarian warna asal tema hotel iaitu coklat atau bronze. 

Tak lupa dua warna kegemaran julia, warna Emas dan Putih pasti di selitkan sikit untuk tambah rias agak-agak deko mewah tapi versi bajet jeeeeee...aah bajet haha.

Kaison je lah.
Ehh jatuh cinta plak aku dengan Kaison, apa yang tak ada? Bagi aku sebut je lah, lalu je lorong-lorong dia semua aku rasa nak sebat. Tapi aku dah siapkan senarai tertentu mengikut mingguan yang perlu aku grab sebenarnya. So tak ada lah macam semua benda kena beli. Kena betul-betul nilai kualiti dan bajet wang itu paling penting.

Lawa kan corak bantal terkini kat Kaison ni, kalau nak pi beraya rumah orang jumpa bantal sofa sama haaaaaa Kaison le tu hahaha...sep sikit siapa yang dah beli corak sama macam juju? Kalau sama kita geng raya hahahaha

Tema GOLD & Coklat & Bronze ehhh banyak tema ko julia hahaha
I suka corak ini. Sekarang kalau nampak perhiasa gold merelip-relip mata julia tau tak hahaha. 

Sarung bantal ini ada emas putih dan hitam...kerlas! Bila letak kat sofa ada shinning gitu awwwwww...harga pun tak mahal dalam RM9.90 je sehelai. Murah gila kalau nak bandingkan tempat lain, kualiti dia aku suka, besar dan empuk bantalnya !

Harga...
Nak beli bantal kat sini pun boleh...harga sarung dengan bantal lain-lain tau. Puas aku cari bantal 6 biji ikut size ini tak berjumpa sebab semua bentuk lonjong hahaha...tanya staf yang baik hati dia tunjukkan dimana bantal tecik tu berada...

Ohhh mereka lipat bantal kosong tanpa sarung tu rupanya (RM7.90 je murah sgt besar plak tu bantal), padan tak jumpa pastu aku bukan jenis membaca size apa sarung bantal aku tu ahahahahaha (perkara biasa kalau pertama kali beli bantal sofa).


Teaser, 6 biji bantal tapi tunjuk 3 sudah hahaha...malu nak snap ruang lain. Nampak tak langsir pun ada warna gold hitam dan putih so nampak matching dengan bantal sofa yeyyy...

Nanti pelan-pelan lah ye deko. Sikit-sikit lama jadi bukit. Jom semangat deko raya!