Kerap juga julia ke MyTown, selalu ke food court dia aje. Tapi kali ini julia sekeluarga turun ke B1 MyTown dan ternampak Street Churros! Wah! Ramainya orang beratur. Sebenarnya ini bukan kali pertama julia merasai Churros dan sebenarnya bukan pengemar Churros haha.

Pengalaman dulu tika ber churros...
Tau sebab apa? Dulu lah pernah rasa satu street stall juga. Kan ada satu musim tu semua pakat viral churros je kan, so nak lah mencuba churros. Sekali rasa alahai, rasa menyesal sebab dah lah beli mahal pastu tak sedap. Churrosnya agak tak crunchy, lembik, masih berasa tepung tu tau...pastu diorang sapu serdak cinnamon tu ayooooo...terasa sangat bau kuat tu tak boleh teruskan makan. Lepas pada tu lah aku tak suka churros....tapi...tapi...

Haa tapi aku pelik, masa lalu kat Street Churros semua staf situ entertain 'Anneonghaseyo' dengan wajah ramah dan tersenyum. Tergoda pula rasa tengok ramai pelanggan order berduyun sambil menunggu nombor giliran, aku usya je dari jauh. Haha!

Jom lah cuba sekali....hahaha tergoda plak tengok.

Kalau korang nak tahu, 
"Street Churros bermula di Korea pada asalnya. Gabungan ajaib masin dan manis serta ranggup diluar, lembut didalam membuatkan orang semakin suka dengan Street Churros! "

Lihat! Ramai betul orang kat Street Churros MyTown KL. Jom tunggu apa lagi, mari kita try sekali apa yang best sangat dengan Street Churros. 




Teknik Street Churros di sediakan.
Sebelum order, mata tak jemu memandang staf Street Churros sedang sibuk menyediakan order dari pelanggan. Adunan doh churros tu keluar dari acuan terus masuk ke dalam minyak goreng yang panas. 

Nampak macam mudah nak buat, tapi kena ada kemahiran juga nak buat rupa churros ni ikut bentuk yang ditetapkan. Selalu kan kita tengok churros memanjang je, tapi kini kita boleh lihat pelbagai jenis bentuk churros tau, tak sabar nak cuba.



Dipping Sauce.
Di kaunter,  julia lihat ada contoh pencelup churros (dipping sauce). Ada 4 jenis perisa iaitu coklat, cream cheese, blueberry dan butterscotch. Menariknya! 



Street Churros
Tadaaa! Inilah yang menjadi kegemaran pelanggan di sini, rata-ratanya ramai yang order Street Churros yang besar macam ini. Wahh besarnya! Puas hati kalau sorang makan mesti kenyang ni kan...jom kita rasa.

Street Churros ini ada 3 perisa, semua yang julia catatkan seperti di gambar. Paling julia suka ialah cinnamon dan coklat. Cinnamon tu tak rasa macam kuat sangat bau rempah, rasa sangat-sangat sedap, just nice. Memang betullah ranggup di luar dan lembut didalam waaaaaaaa, nak makan lagi...

Kedua, julia rasa Filling Churros. Ini lagi lah tempting sangat. Dah rasa original churros sah nak rasa aneka pilihan menu street churros yang lain kan. Filling churros ini menarik. Sebabnya dalam churros ini korang boleh rasa inti yang mewah.

Apa rasa intinya korang boleh pilih. Macam julia yang suka coklat, sure filling churros coklat julia suka. Nikmat tak terkata rasa makan filling churros ni...yummehhh!

Ketiga, julia rasa pula stick churros. Ini merupakan salah satu menu baru yang diperkenalkan di Street Churros. Yang ini bagi julia sangat sesuai untuk kita yang nak mencuba atau tak berapa kenyang sangat, ala-ala makan petang ke kan sesuai lah. 

Untuk kanak-kanak stick churros size macam ini senang mereka nak makan.


Siapa sangka churros jadi fries! Haaa yang bestnya churros di reka jadi seperti fries tau, ada perisa tomato, seaweed dengan sour cream. Hmmm ranggup dan lain dari yang lain. 

Siapa nak cuba ice cream churros? Cantikkan ice cream churros di bentukkan macam ini. Sedap sungguh rasa ice cream churros, sambil makan ice cream boleh makan churros panas-panas. 

Gabungan sejuk dan panas sangat memukau pandangan, yang penting berbaloi sekali makan tak habis-habis tau. Nampak je kecik tapi banyak!




Perisa ice cream churros Mango tu best betul, bukan kat atas je ada inti mango, bila di makan dan terus makan di bawah bekas tu penuh inti mango yummmyyyyyy! 


Beverages
Air pilihan di Street Churros pun ada tau, antaranya:
  1. (Shake) - O'My Mango, O' My Coconut
  2. (Fruit Ade) Lemon, Passionfruit, Korean Citron
  3. (Coffee) Caramel Macchiato
  4. (Non-Coffee) Chocolate, Green Tea Latte, Milk Tea. 



Julia pilih 'Green Tea Latte'. Pertama kali minum terus rasa wowwwwww sedapnya! Rasa pati green tea dan rasa berlemak secukup rasa, langsung tak bosan nak minum. Fresh je rasa! Pilihan green tea latte ni dengar kata ramai yang suka beli dikalangan pelanggan di sini. 


Untuk menyenangkan korang faham, nak julia sediakan jadual menu dari Street Churros Malaysia, jadual menu ini korang boleh tengok di website rasmi mereka ya. 


Haaa dah beratur semuanya, apa lagi jom Churros! 



My son suka sangat makan Street Churros. Lihatlah dalam mulut dia tak habis makan lagi ketawa besar-besar makan churros julia hahahaha.

Perasaan julia selepas ber Street Churros...
Kini, julia suka makan Churros di Street Churros. Dulu tak suka sampai benci tak mau churros sebab orang lain buat tak kena dengan anak tekak julia tapi sekarang jatuh hati sangat-sangat dengan Street Churros. Memang kena sangat dengan rasanya, teksturnya, fresh, crunchy, harga pun sangat berbaloi sesuai dengan size dan beratnya.


Khas untuk pembaca blog julia johari. 
Siapa nak diskaun voucher?
Ada 10 voucher julia nak beri pada korang haaa kalau nak... komen, 
"Saya nak diskaun voucher street churros dari blog julia johari kerana..."

sambung la kata-kata cinta tu sampai julia tersangkut nak beri setiap sorang 1 keping voucher hehe selamat ber street churros!

Street Churros
MyTOWN Shopping Centre
Lot no,  B1-046,
Basement 1, MyTOWN Shopping Centre,
No. 6,Jalan Cochrane, Seksyen 90,
55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-92011099

Street Churros Outlets
IOI City Mall
One Utama Mall
Sky Avenue
Berjaya Times Square

Facebook: StreetChurrosMY
Instagram: streetchurrosmy