Jangan malu nak kongsikan kejayaan pada orang lain, kejayaan anda akan beri sumber inspirasi kepada orang lain untuk berjaya seperti anda

Korang pernah rasa tak macam aku rasa, nak kongsikan satu info. Siap taip semua, pastu delete! Kenapa ek?

Aku mengalami permainan perasaan, sama ada orang akan cakap aku terlalu menunjuk atau mungkin orang akan rasa annoying terhadap sebarang posting aku. 

Dulu aku suka kongsi info-info apa yang aku baca melalui internet, melalui pengalaman orang tua dan pengalaman aku sendiri. Tapi semenjak ini aku jadi macam takut pada apa aku nak kongsikan. Why julia why! Dah rasa macam banyak benda awak skip julia.

Contoh macam baru-baru ini aku aim nak kongsikan hajat aku lg setahun lebih nak kumpul info tentang pelaburan interior rumah, kira macam deko-deko bajet la...aku siap tulis pastu aku delete...permainan apa kah yang sedang aku lalui...nak kongsi info tapi dalam hati terdetik...'orang mesti kutuk aku cakap nak menunjuk, walhal sebenarnya aku kongsikan impian aku, cita-cita aku, selama ini aku menabung dari pelbagai sudut, tak ambil duit dari orang, ambil duit dari gaji sama macam korang jugak, cuma aku menabung je lebih.'

Pernah aku terdengar orang berkata 'Orang yang bahagian dia macam ini mudah bahagian dia di bahagian itu, melancong sana sini, orang yang ramai anak pun berdikit duit nak makan apatah lagi nak melancong jauh sekali'. 

Faham tak maksudnya...aku nak citer lebih pun risau korang fikir macam-macam. Aku still lagi positive side beb, jangan risau...cuma aku perlu kuat kembali untuk sharing apa aku rasa. Aku sebenarnya nak cerita aku aim sangat-sangat nak kumpul duit nak deko rumah idaman aku beb. Ya itu lah hajat aku selama ini. Rumah aku beli tu tak besar mana, tengah dalam underconstruction. InsyaAllah dalam awal tahun 2020 aku rasa aku dah leh jejak 2 kaki bersama family disana...

Rumah aku beli tu Allah permudahkan jalannya...tak sangka beb! Aku dengan CTOS nya tak ada rekod pun leh lepas loan rumah...aku rasa nanti aku nak share cara aku berjaya lepas loan rumah...sekali hantar lulus. Maksud aku hantar pukal banyak bank sekaligus...jawapan pun berbeza-beza...tapi lulus sekali hantar di bank berkenaan. MasyaAllah...syujud syukur beb!

Inilah aku...aku nak cerita lebih lagi...please doakan julia...jangan di tahan rasa itu...aku nak kongsi sebab aku rasa orang Melayu macam kita ni kena fikir...rajin menabung...korang dapat hikmahnya...percayalah!

Lagi satu...aku selalu dengar orang Melayu sendiri cakap sesama sendiri...
"Yelah, gaji ko besar, suami ko keje gaji bagus boleh lah ke sana ke sini, beli rumah sana sini"
Mereka terlupa nak tanya, tips menabung apa kami amalkan?

 Jawapannya 'Istiqamah' buat, amal dan tawakal. Yakin, jimat hari ini, 5 tahun akan datang korang pasti rasa kemanisannya. 
Nanti julia kongsi lagi ya...rasa lega kongsi ngan korang walaupun sikit je.