WANTED PREFERABLY ALIVE
Abie & Julia
wanted for being a happy family
REWARD
Hugs & Kisses

Sangat menarik tatkala pertama kali menjejakkan kaki di Eagle Ranch Resort pada petang Jumaat 21 November 2014. Suasana yang sangat tenang, orang masih tidak lagi ramai, seakan memasuki satu pekan cowboy kecil, di kelilingi dengan Bandwagon yang sangat cantik untuk didiami semalam atau dua malam. Tapi penjelajahan kami di sini hanyalah santai sahaja, suami julia hanya nak melihat kawasan sekitarnya sambil ambil angin sepoi-sepoi bahasa yang mendamaikan jiwa.

Setelah check in di private apartment Glory Beach Resort, tunaikan solat, rehat makan, kemudian meneruskan destinasi pilihan ramai disini, hanya mengambil masa tidak kurang 10-15 min melalui kereta sampailah kami dengan menggunakan mr. waze.

Terasa nak book Bandwagon lower mahupun Tepee (rumah seakan bentuk khemah comel)
Tapi next time la bawa big family datang sini semalaman...boleh main macam2 games disediakan.

Bandwagon
Cantikkan sekitar bandwagon, memang hati membuak-buak nak menginap disini, takpe next time Qi dah besar sikit boleh repeat ke mari kan....yeahhh suami suka la tu...dari dulu lagi dia nak ajak dtg sini, tp isteri dia ada je alasan itu ini hahahhahah

Rupanya Bandwagon ni ada upper dan lower tau...yg upper mahal sikit berbanding lower...tp upper la lg cantik...lagi cantik kalau book satu bandwagon tu family kita je ramai2...baru lah gamat satu bandwagon hehehhe harga x mahai mana, dalam tu ada aircon jgn risau hehehhe

Minat betul kami dengan Bandwagon, bentuk dia sangat cowboy...hahhahahha macam masuk pekan cowboy lama plak...kiki

Niat di hati nak menunggang kuda, tapi masa tidak mengizinkan, katanya better bawa family ramai2 dtg sini, lagi syok buat aktiviti, kalau nak menunggang kuda better ramai2 baru puas hati ye dak. Okey simpan dulu niat tu.

Penat celoteh, jom korang sendiri tengok kawasan sekitar ye...nak rehat jap.

Cantik kan kawasan sekitar? Sangat seronok berada disini, walaupun cuaca terik sedikit tp kami puas hati sebab kawasan sini bersih, perabotnya sangat unik, jika dtg ke sini pasti tak terlepas melihat susun atur ruang kawasan dia yang amat mengamit hati.

Ini aktiviti pakej disini, boleh pilih berasingan tau, ju tanya kalau nak Horse Riding only RM15 je....Archery only RM15 je....kan murah tu kalau tak nak main semua leh pilih satu dari banyak2 ni...shooting dan go kart pun ada...yeahhh sabar ye julia next time Qi besar sikit leh lawan ngan anak hahahha

Contoh Go Kart dia...perghhh Qi eksaited sgt tengok wpun dia tak faham apa2 tp dia minat dengan tayar tu...ganas katannya hahahha

Acara yang ditunggu2...tak sangkaaaaaaaaa tak sangka tetiba mood suami baik ari tu diajak yer kami berdua bergambar dalam ni weh pakai baju suit ala2 cowboy hahahhahahaha pe lagi...bakat bergambar tu lama dah ada...lama tak shoot picture ni hahhaha

Haaa Qi dah berbaris nak pilih suit cowboy, tapi sedih sikit dia mana minat nak pakai pakaian cowboy tu semua...puassssssss dah pujuk...lariiiiiiii...ok la malas nak paksa2 anak ni...Qi tgk walid dan umi je la berphoto shoot orait hehehhe

Topi cowboy....julia pilih yg depan sekali tu...fink kaler okeh hehhehe

Sambil2 tggu suami pilih suit cowboy, julia snap sikit gambar ruang pentas cowboy ni...weeeeeeee kerlas weh...seakan mcm masuk bar cowboy plak hahahha

I pilih yang ini...finkkkkkkkkkkk sukaaa

Pakej bergambar cowboy
RM25 jeeeeeeeeeeee....
# 3 kali snap picture with DSLR, 
# 1 x burn dalam CD, 
# 1 x print picture saiz A3 besar tau, 
Puas hati la pakej tu ngan harga, orang situ ambil la gambar, so kita just action cowboy dalam tu.

Ini contoh album nak print bentuk macam mana boleh pilih.....i is sukaaaaaaaa, bab pilih template ku serah pada suami je...hahhaha sebab dia yg bayor...kita gedix depan kamera je kehkehkeh

Yeayyyyy siap print wehuuuuuuuu, pandai suami ku pilih caption dan template A3 ni weh...dan dan orang tu print dan burn 3 keping gambar dalam CD...siappppp, leh beli frame besar yg ringan nak gantung kt dinding buat kenangan...gambar Qi show cowboy ada dalam CD hahahha tak yah tunjuk sini la ek hehhe

Bergambar kenangan ngan adik ni yang snap gambar dan bersabar dengan kerenah kami yang gamat dalam studio tu hahahhahahha...julia kalau pi mana-mana memang jenis suka happeningkan situasi...sebab tu i tak boleh kawan dgn orang penyengap...orang jenis pendiam ni buat i kaku...no no no please happy ya...jgn overrrrrrrr sudah!

Okeylah...bergambar pun dah penat...jom chow, next time nak bercuti leh book sini sehari semalam layan aktiviti outdoor yg lain baru syokk...len kali tak yah dh snap gambar sini...kami dh ada...jimat duit kikiki...

Qi tunggu umiiiiiiiiiii tunggguuuuuuuuuuuuuuuu hahhahah

[Korang jejaga eh....ko cakap lepas depan aku, aku tembak hidup2 ngan pistol ni bahahhahahhahahahha cowboy girl....bang! bang! bang! fuhhhhhhhh! :p ]

Lepas tu kami sambung perjalanan ke PD Ostrich Farm yang tidak jauh dari Eagle Ranch Resort, weeeeeeeee esok julia update lagi eh...papaiiiiiiiiii :)