Tudiaa, tudiaa cik ju mai dah, mai dah karangan holiday panjang berjelar...hahahhaha eh korang pasti nak tau julia ye review kt sini betul kan? Okey, kami guna voucher Streetdeal jek RM99 semalam tp surcharge RM99 lg sebab ju pilih tarikh cuti sekolah, kalu bukan cuti sekolah RM99 aje tau, rugi? Tak pun sebab masa suami free tu lg berharga dari segala-galanya, so ju bookingla date 21 Nov, Jumaat sehari semalam, ok lah kan cukup puas dah sehari semalam kt PD je pun, kalau merantau jauh ke negeri orang tak leh 2 hari 1 malam, kena kurang2 3 hari 2 malam baru puas nak berjalan.

Muka Qi yg eksaited baru nak gerak ke PD dari KL. Hihihi


Kami menginap disini bukan Hotel ye, tapi Private Apartment. Dimiliki oleh seorang owner, nanti ju cerita akhir nanti siapa dia dan nombor contact eh, sesuai weh nak bawa big family sini sebab private apartment ada 2 bilik tidur, 1 x master, 1 x bilik bujang. Okey what, Qi leh duk bilik bujang tu hahahha leh kami laki bini dok bilik master fefeling baru kahwin hahahahha...moh kita tengok entrance utama Glory Beach Resort, jom!

Yeyy, kami mai dah jam 2.30pm, just nice lepas suami solat jumaat kt pekan PD, terus chow sini nak jumpa owner dia, kami saje je menerawang kt sini nak tgk acaner Hotel Glory Beach Resort punya entrance, cantik tau, jom tgk gambar gerak2 kt bawah tu.

Kuda ku lari gagah berlari...kereta suami julia parking betul2 depan glory, senang kalo hujan lebat dekat je nak terjah.

Releks jap...meh sini tgk gambar sekitar Glory, bersih dan menenangkan, sedap mata memandang, suka la wpun cuti sekolah baru bermula, tapi kt sini orang tak ramai, itu yg ju tgk sekali, orang tak ramai ju suka, tak sesak otak dok berimpit2...tu motif ju ajak suami holiday kt PD je, nak bg suami releks keje siang malam x berhenti2...untuk Qi pun sama nak kasi dia happy. Semua isteri mesti pikir yg sama mcm ju pikir kan...nak suami dan anak gembira. :)

Sebelah pool glory yang cantik bangat tu ada playground, mmg best la port Qi ni, esok pagi tu ju bangun gerak Qi awal2 dh main playground puas2 pastu berdebushhh mandi kolam hahahha...sonok lengkap prasarana!

Depan playground Glory Beach Resort ada Kolam Penyu tau...haaaa leh tgk penyu live...bagus hotel glory ni kita pusing la mana2 pun dalam kawasan dia ada kolam penyu, papan tanda byk tulis save our turtles...terbaik

See, besar yer penyu! Anak2 suka kan tgk penyu, haiwan yg sangat manja :)

Dah puas usya kawasan sekeliling Glory, jom kita pi tgk private apartment glory dah tempah by email. Kemain dua beranak tu berjalan berpimpin tgn, dah kenapa umi di tinggalkan...huwaaaaaaaaaaaaaaa :p

Yeyyy naik tingkat 5 by lif, tinkkk sampai dah. Ada grill kemain.

Depan private apartment kami menginap ni nampak view Grand Lexis.....cantikkkk....betul2 bersebelahan je Glory ngan Lexis...hotel termahal...tggu eh menabung dulu baru mai sini, dah terbaca blog Farah tau cerita percutian anniversary dia di situ, dah terpengaruh hahahhah...besttttttttttt gilak!

Kalau dah nama yer private apartment mesti korang leh pikir kan dia ala2 konsep rumah lengkap segalanya...
3 x aircon (master bedroom, hall dan bilik kedua)
Dapur (lengkap pinggan mangkuk, cawan, sabun cuci, kettle)
2 x Bilik - bersih, cadar bersih
1 x toilet sharing - bersih sangat
TV - channel biasa, astro xd (kami bukan tgk tv pun, berjalan)
1 x set meja makan 4 org
1 x peti ais

Sejuk satu rumah pasang aircon, dah ada 3 aircon pasang la puas2...bayar dah kan hahahah
Kemain haa hero dua org tu pasang aircon kt hall kehkehkeh...

Ini review ruang-ruang bilik tidur, dapur, toilet dan hall.
Besar bersih dan ringkas, boleh bawa 6-10 orang ahli keluarga tau dok sini rewang BBQ ke kan syok plak, kami mai 3 org rumah tu sunyi je tau...ish tak leh jadi ni kena bawa family besar pas ni...review cantik!

Macam biasa Qaiser ilman akan buat drama gedik dia...drama king sgt ni konon2 dia tidur dulu cop master bed kami hahahha...eh eh eh Qi bilik belakang okeh, ni mak pak ko nak honeymoon sini hahahhahahhaha ngada!

Nah nombor contact owner Mr. Leong. Dia ni baik peramah dan suka senyum. Hat tu ju ambil kira kalo nak booking lg...bagus la dia, apa2 call me if ada anything problem, i tinggal berdekatan sini gak katanya.
Kalo nak booking email padanya ye...better guna streetdeal katanya lg murah dari booking harga biasa tu.

Selesai review pasal tempat kami menginap, esok julia cerita tempat mana kami jelajahi di Port Dickson, kami pakai suit cowboy di Eagle Ranch Resort PD tunggguuuuuuuuuu esok!